10 Strategi Pemasan Perniagaan Yang Ideal

Mempunyai strategi pemasaran perniagaan yang kukuh sangat penting kepada mana-mana bisnes yang sedang merancang untuk mencapai kejayaan jangka panjang.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai panduan untuk membuat keputusan dan membantu bisnes memperuntukkan sumber yang ada dengan cara yang paling berkesan.

Dengan mengambil kira faktor luaran dan dalaman seperti kekuatan dan kelemahan bisnes, serta keadaan sekeliling bisnes akan  memudahkan bisnes menyesuaikan keadaan bisnes dengan perubahan dalam pasaran.

Dalam artikel ini, kita akan meneroka dan berkongsi strategi pemasaran perniagaan untuk bisnes anda. Jom baca dengan lebih lanjut!

10 Strategi Pemasaran Perniagaan Untuk Anda

  1. Pelan Pemasaran Yang Kukuh 

Langkah pertama dalam strategi pemasaran perniagaan ialah mempunyai pelan pemasaran yang kukuh

Untuk langkah pertama ini, semestinya anda perlu memahami corak pemasaran dalam industri yang anda ceburi. 

Sebagai contoh, bisnes pengeluaran kerepek haru membuat kaji selidik apakah jenis kerepek yang disukai dan dituntut oleh pelanggan anda.

Selepas itu, anda boleh memulakan perancangan pemasaran bagi dua kaedah utama, iaitu pelan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang. 

Dengan merangka pelan mengikut dua jangka masa ini, strategi pemasaran bisnes lebih sistematik serta mampu meningkatkan hasil jualan produk anda.

  1. Mengenal Pasti Pesaing

Sebelum melangkah ke proses pengeluaran produk, seharusnya anda mengkaji terlebih dahulu pesaing-pesaing terdekat bisnes anda dahulu.

Mengapa?

Kaedah kaji selidik ini perlu diterapkan untuk memastikan dan menghindarkan business anda dari sebarang persamaan sama ada fizikal produk atau kaedah pemasaran.

Tetapi, persamaan sebegini terkadang tidak dapat dielakkan kerana pasaran bisnes anda kemungkinan kecil. 

Oleh itu, anda boleh menambahkan beberapa details yang hanya bisnes anda sahaja ada untuk menampakkan perbezaan dengan produk yang lain.

  1. Menghasilkan Produk Yang Berkualiti

Aspek kualiti sangat penting dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk pasaran. Bukan sahaja sebagai permulaan baik kepada bisnes, bahkan baik untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap produk anda.

Semestinya ramai pelanggan mahu membeli produk anda dan sedikit sebanyak membantu memasarkan produk anda lebih baik. 

Sebab itu olokan ‘Quality is the key’ sememangnya perlu dititikberatkan setiap kali anda mahu keluarkan produk baharu. 

Justeru, proses penghasilan haruslah berkualiti.

  1. Menghasilkan Packaging Produk Yang Sesuai

Jangan ingat hanya pemakaian saja yang perlu cantik dan terletak untuk diri anda, packaging atau pembungkusan produk juga perlu menarik dan cantik tau!

Selain dari kualiti produk, packaging yang sesuai merupakan faktor kedua yang anda perlu ambil perhatian kerana ia mempengaruhi pemilihan pelanggan.

Seperti contoh, ada dua produk kegunaan yang sama tetapi semestinya pelanggan akan memilih produk yang mempunyai packaging yang menarik.

Anda boleh cari inspirasi dari internet atau aplikasi pinterest untuk menghasilkan packaging yang menarik dan kreatif. 

Anda boleh bermain dengan tema warna untuk menyesuaikan dengan jenis produk anda.

  1. Menyesuaikan Bisnes Dengan Pemasaran Digital

Dengan kehadiran dunia digital, bisnes juga tidak terkecuali dalam pengkomersialan secara digital. Oleh sebab itu, terjadinya pemasaran digital untuk bisnes.

Dengan satu klik, anda mampu memasarkan produk anda.

Gunakan peluang yang tersedia di platform sosial media, seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk mula memasarkan produk anda. 

Hal ini kerana jutaan pengguna lebih selesa membuat pembelian di sosial media.

Untuk syarikat besar, anda boleh mencuba memasarkan produk melalui Search Engine Marketing (SEM) dan Search Engine Optimization (SEO). Kedua-dua kaedah ini juga dapat memasarkan dengan baik serta meningkatkan trafik laman web bisnes anda.

Sebagai permulaan, anda boleh mencuba 4 Digital Marketing Tools ini, iaitu Google My BusinessGoogle AdsGoogle Analytic dan Google Digital Garage.

  1. Menetapkan Lokasi Jualan Produk

Walaupun penjualan dan pembelian produk semakin giat secara atas talian, tidak dinafikan penjualan produk secara fizikal juga perlu dititikberatkan.

Sebagai peniaga, lokasi perlu ditetapkan kepada golongan bersasar mengikut tahap kepadatan penduduk mengikut lokasi dan pesaing yang terdapat di lokasi tersebut.

  1. Menawarkan Promosi Yang Menarik

Selain dari jenis produk dan fungsinya, anda boleh mempraktikkan promosi kepada pelanggan.

Bila bercakap mengenai promosi, anda boleh menawarkan harga lebih murah dari harga asal bersempena peristiwa atau tarikh genap.

Namun, harus diingatkan promosi perlu melalui proses pengiraan kos dan keuntungan secara terperinci dahulu.

Perancangan promosi perlulah ‘win-win situation’, iaitu anda tidak menanggung sebarang kerugian besar dan pelanggan menikmati tawaran promosi yang bagus. 

Dengan promosi produk, secara tidak langsung produk anda dapat dipasarkan dan memperoleh hasil dari penjualan tersebut.

  1. Menaja Program

Memasarkan produk baharu dengan menaja program adalah salah satu strategi perniagaan yang amat berkesan.

Kaedah ini boleh dilakukan secara dalam talian atau luar talian.

Sebagai contoh, anda boleh menaja program dengan menjadikan produk anda sebagai hadiah kepada pemenang program tersebut. 

Dengan penajaan sebegini, anda boleh mendapat exposure secara tidak langsung. Produk anda akan mendapat perhatian daripada orang ramai.

Kemungkinan juga anda mendapat peluang untuk menaja program lain.

  1. Menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Sebagai pemilik bisnes yang bertanggungjawab, anda bukan sahaja perlu menjual produk. tetapi anda juga perlu berbakti kepada masyarakat sekeliling.

Alternatif ini dipanggil sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Program seperti ini mampu menonjolkan bisnes anda sebagai sebuah syarikat yang mengamalkan konsep “dari rakyat kepada rakyat”.

Program ini mungkin nampak susah, tetapi dengan pelan perancangan yang sistematik, anda dapat melaksanakan program ini dengan mudah. 

Aktiviti CSR ini sebenarnya sebagai satu medium penjenamaan produk anda untuk dikenali orang ramai. Pada masa yang sama, anda menunjukkan keprihatinan kepada masyarakat. 

  1. Mencapai Matlamat Pasaran Anda

Walaupun bisnes anda sudah lama berada di pasaran, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah dengan menarik target market anda.

Siapa target market anda?

Mereka ialah sekumpulan pembeli yang terbiasa membeli barangan yang menawarkan ciri-ciri yang serupa dengan produk anda.

Ini membuatkan target market produk anda beralih daripada pilihan semasa mereka kepada produk bisnes anda. 

Berminat untuk mengembangkan sayap bisnes anda secara digital?

Mari sertai kami di Bixwealth untuk mendapatkan servis pemasaran digital yang terbaik. Bixwealth menawarkan perkhidmatan konsultasi dalam membina strategi dan skil pengurusan yang terbukti efektif untuk bisnes anda.

Kepada yang sedang mencari servis untuk mengembangkan bisnes anda, sertai Bixwealth dengan klik link di bawah untuk maklumat lebih lanjut!