
12 Tips Belajar Bahasa Inggeris Yang Menyeronokkan
Nak belajar bahasa Inggeris dengan mudah, pantas dan menyeronokkan? Mudah sangat sebenarnya!
Berikut merupakan 12 tips belajar bahasa Inggeris (kami ada selitkan juga beberapa tips mengajar bahasa Inggeris. Selamat mencuba!):
- Menonton filem
Belajar bahasa Inggeris menerusi filem adalah paling mudah sekali kerana siapa sahaja yang tidak menonton filem pada abad ini?
Terdapat banyak filem-filem diluar sana seperti Frozen, atau filem-filem keluaran Disney lain dalam bahasa Inggeris yang boleh dipilih dan ditapis untuk tontonan anak-anak.
Malah, anda bebas untuk memilih filem yang sesuai untuk tontonan bersama-sama keluarga atas tujuan hiburan juga, best kan?
- Karaoke
Selain dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, aktiviti ini sangat menarik sekali!
Selain daripada menyanyi di pusat karaoke, boleh sahaja anda memasang lagu-lagu bahasa Inggeris di Youtube dan menyanyi bersama-sama anak anda.
Pilih dan belajar beberapa lagu Inggeris, kemudian praktis intonasi dan gaya tuturan Inggeris serta fahamkan maknanya.
- Bertutur dengan penutur asli
Anda memiliki kenalan yang merupakan penutur asli bahasa Inggeris? Tunggu apa lagi! Berikan peluang kepada anak anda untuk bertutur bahasa Inggeris dengannya.
Sewaktu perbualan berlangsung, anak anda akan pantas pick up bahasa Inggeris dari penutur asli tersebut untuk disimpan sebagai kosa katanya.
- Role-play
Jika agak sukar untuk mencari penutur asli bahasa Inggeris, boleh sahaja lakukan aktiviti role-play.
Role-play ini apabila anda memberikan beberapa senario kepada kanak-kanak seperti membeli-belah, memperkenalkan diri tetapi dalam bahasa Inggeris.
Selain daripada membina keyakinan dalam diri kanak-kanak, kosa katanya juga akan bertambah dalam keadaan dirinya berasa seronok.
- Tulis blog
Penggalakan anak-anak untuk menulis sesuatu di dalam blog merupakan sesuatu yang bagus.
Hal ini kerana ia akan memupuk minat menulis dalam bahasa Inggeris dalam diri anak-anak pada peringkat awal. Bukan sahaja itu, mereka juga akan cakna dengan penggunaan IT.
- Belajar melalui lagu
Lagu-lagu yang menarik sering didendangkan di dalam radio malah kini lebih mudah untuk diakses seperti platform Youtube, Spotify dan sebagainya.
Maka, ramai anak-anak kecil yang tahu tentang lagu-lagu terkini, mungkin sebutannya kurang jelas tapi melodi itu ada.
Ibubapa dan guru-guru boleh menggunakan peluang ini untuk mengajar kanak-kanak bahasa Inggeris tetapi dengan halus dan menyeronokkan.
- Cari lokasi sesuai
Belajar bahasa Inggeris di tempat yang sama dapat mengundang rasa bosan.
Sesekali, boleh keluar ke ruang lain selain dari bilik ataupun ke taman kerana perubahan persekitaran dapat merangsang minda untuk lebih pantas menyerap maklumat.
- Belajar melalui video
Dalam era yang serba moden ini memang sangat mudah untuk akses konten dalam bahasa Inggeris.
Selain daripada menonton video-video hiburan bahasa Melayu, apa kata tonton video-video hiburan dalam bahasa Inggeris juga sekali-sekala?
- Belajar melalui TV
Program-program di TV juga menawarkan pelbagai jenis pilihan rancangan yang menarik dalam bahasa Inggeris.
Cuma, pastikan tontonan adalah yang terpilih sahaja serta secara terkawal agar kanak-kanak tidak ketagih untuk menonton TV.
- Pastikan ia mudah
Untuk pemula, bahasa Inggeris perlu diajar secara mudah dan ringkas agar dapat cepat tangkap dan difahami dengan betul.
Hal ini juga agar kanak-kanak dapat memiliki asas yang kukuh untuk mereka bina kosa kata dan tatabahasa mereka kelak.
Anda boleh terapkan dalam arahan berbentuk bahasa Inggeris yang ringkas seperti “Stand up and stay still” berbanding “Can everyone please stop what they’re doing and stand up”.
- Pastikan ia menyeronokkan
Kanak-kanak mudah hilang perhatian dan cepat berasa bosan, jadi, perlu dipastikan agar setiap aktiviti mereka untuk belajar bahasa Inggeris adalah secara menyeronokkan.
Terdapat banyak sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan, semuanya boleh didapati secara atas talian.
- Melalui bahan bacaan
Pupuk minat kanak-kanak untuk membaca dalam bahasa Inggeris agar dapat membina kosa kata dan struktur tatabahasa mereka.
Dapatkan buku-buku bahasa Inggeris sama ada di perpustakaan ataupun secara pembelian di mana-mana kedai buku.
Belajar Bahasa Inggeris Dengan PlayLab Classrom
Ibu bapa atau guru-guru tidak perlu risau, cubalah aplikasi permainan yang sangat menarik dan interaktif iaitu Playlab Classroom!
Konsep gamifikasi yang unik serta berunsurkan ilmiah dapat menarik minat kanak-kanak kecil berusia 4 tahun ke atas agar mereka lebih suka dan seronok untuk belajar bahasa Inggeris.
Antara keistimewaan permainan ini ialah kerana bentuk visualnya yang amat menarik perhatian.
Konsepnya yang ceria serta berwarna warni yang mampu merangsang tumbesaran minda mereka.
Selain itu, kemudahan seperti dwi-bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris dapat memberi kemudahan serta arahan permainan yang ringkas dan senang difahami.
Maklum balas secara on the spot akan membantu anak anda belajar secara pantas dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran ilmu bahasa inggeris secara efisien.
Di penghujung artikel ini, anda telah memperolehi beberapa tips mengenai pembelajaran bahasa Inggeris dengan cara yang lebih mudah serta efektif dengan penggunaan alat digital sebaiknya.
Semoga tips-tips ini memberi manfaat kepada anak-anak anda dalam penguasaan ilmu bahasa Inggeris.
Dengan adanya aplikasi Playlab Classroom ini sudah tentunya akan menarik minat kanak-kanak untuk bermain sambil belajar di samping meningkatkan tahap intelektual mereka.
Ketahui beberapa cara untuk sambung belajar di luar negara .
Permohonan belajar di luar negara
a-level di malaysia | pengajian islam | study in indonesia | Permohonan sambung belajar di luar negara lepasan SPM | uitm medic