
4 Kebaikan Baja Organik
Baja organik digunakan secara meluas di dalam industri pertanian di Malaysia ini. Kebanyakan baja organik terhasil daripada tinja haiwan, sisa tumbuhan dan hasil sampingan pertanian. Mari kita lihat apakah kebaikan apabila menggunakan baja organik untuk tanaman.
1. Membaiki Struktur Tanah
Baja organik mampu membaiki struktur dan pengudaraan tanah. Kedua-dua sifat ini amat penting bagi sesebuah tanaman untuk hidup dan tumbuh dengan sihat dan segar. Oleh itu, baja organik amat sesuai kerana selain membekalkan zat kepada tanaman, ia juga mampu membaiki struktur tanah dan pengudaraannya agar tanaman tumbuh dengan sihat.
2. Mesra Alam
Penggunaan baja organik bukan sahaja selamat untuk manusia, malah ia juga selamat kepada alam, haiwan dan juga sumber air. Selain itu, baja organik membantu mengurangkan keasidan tanah di mana ianya sangat penting untuk mengekalkan kesuburan tanah bagi tumbuhan.
3. Meningkatkan Jangka Hayat Tumbuhan
Penggunaan baja organik mampu meningkatkan jangka hayat tumbuhan kerana elemen organik yang terkandung di dalam baja itu adalah semula jadi tanpa sebarang campuran bahan kimia yang berbahaya. Ini akan meningkatkan produktiviti dan banyak hasil tanaman yang bakal dituai.
4. Gaya Hidup Lebih Baik
Memilih baja organik sebagai baja untuk tanaman anda merupakan satu keputusan yang sangat tepat. Ini kerana, hasil tanaman anda dituai daripada baja semula jadi dan bukannya dari bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan.