doa selepas solat

5 Contoh Doa Selepas Solat Yang Anda Boleh Amalkan

Antara perkara yang paling penting untuk diamalkan sebagai umat Islam adalah untuk sentiasa doa selepas solat

Tetapi ramai tidak tahu doa yang patut diamalkan selepas solat fardhu. 

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda kelebihan yang anda akan menikmati jika anda selalu mengamalkan doa dan juga contoh yang anda boleh ikut.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Kelebihan Doa Selepas Solat

Sebelum kami memberitahu anda contoh doa yang anda boleh mengamalkan, kami akan menerangkan tentang kelebihan yang anda boleh menikmati.

Kita sering diajar dari kecil lagi untuk sentiasa berdoa dalam hidup kita. Ini terutamanya patut dilakukan selepas melakukan perkara wajib seperti solat fardhu.

Terdapat hadis yang bercakap tentang kelebihan doa.

Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah SAW menjawab:

“(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”

(HR al-Tirmizi)

Terdapat juga hadis iaitu HR Abu Daud yang menyatakan:

” Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.”

Selain dari hadis di atas, terdapat juga ayat dalam Al-Quran yang menyatakan kelebihan berdoa iaitu:

Allah swt berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

(Surah Ghafir: 60)

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa doa merupakan senjata yang sangat kuat bagi umat Islam. Kita boleh berdoa pada bila-bila masa sahaja untuk memohon perkara dari Allah SWT.