Punca Utama Bayi Berkahak

Kahak atau phlegm merupakan cecair pekat yang hadir dalam pelbagai warna dan bergantung kepada tahap dan keadaan jangkitan seperti hijau, kuning atau jernih.

Kahak adalah lendir yang terjadi disebabkan saluran udara rendah dan ia berbeza daripada cecair lendir atau hingus yang keluar daripada hidung.

Kebiasaannya, kahak akan melekat pada selaput mukus yang terdapat pada saluran pernafasan, bermula daripada paru-paru ke rongga hidung.

Seterusnya, bunyi seperti mendengus yang dikeluarkan oleh bayi ketika mereka bernafas kebiasaannya adalah kerana mereka bernafas melalu hidung semata-mata.

Bunyi ini juga berkemungkinan terjadi apabila mereka menelan susu dan bernafas pada masa yang sama.

Selain itu, keadaan bayi yang belum mampu untuk menghembus keluar cecair dan bendalir yang ada dalam hidung mereka juga menyebabkan mereka mengeluarkan bunyi dengusan dan siulan.

Seterusnya, bunyi seperti “kroh-kroh” boleh terjadi apabila bendalir turun ke bahagian belakang tekak atau pharynx dan ia seolah-olah keluar daripada paru-paru.

Ini kerana, mukus juga boleh bergerak jauh ke kotak suara bayi (larynx) dan saluran pernafasan. 

Oleh itu, jika anda letakkan tangan ke atas dada bayi, anda akan merasa getaran kecil iaitu getaran dari kotak suaranya.

Pernafasan bayi seperti di atas selalunya akan berlaku selama enam ke lapan minggu selepas dilahirkan dan akan hilang dengan sepenuhnya apabila mencecah 1 tahun.

Jadi, ibu bapa tidak perlulah risau kerana ia bukanlah satu masalah yangs serius. 

Namun, sekiranya keadaan tersebut masih merisaukan anda, anda boleh membawa bayi berjumpa dengan doktor untuk memeriksa pernafasannnya.