6 Makanan Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Makanan untuk ibu mengandung mempunyai kesan yang positif kepada ibu dan juga anak kerana mempunyai zat yang tersendiri. Namun, sebelum kita menggantikan zat tersebut dengan bantuan makanan tambahan (supplement), tahukah anda terdapat makanan yang mempunyai sumber zat yang terbaik untuk ibu mengandung.

Antara zat yang terpenting untuk ibu ialah multivitamin, asid folik, zat besi (iron), vitamin C dan juga kalsium. Jadi, mari kita selami di dalam artikel ini, makanan yang terbaik untuk para ibu yang mengandung.

1. Susu dan tenusu

Jenis makanan untuk ibu mengandung ini memfokuskan terhadap tumbesaran janin dalam kandungan. Oleh itu, tambahan protein dan kalsium daripada sumber susu dan tenusu digalakkan untuk ibu mengandung. Antara sumber tenusu ialah susu, keju lembut (soft cheese) dan yogurt yang perlu sentiasa ada di dapur.

Susu dan tenusu adalah jenis makanan yang terbaik untuk ibu mengandung kerana mempunyai kalsium yang tinggi, fosforus yang tinggi, vitamin B, magnesium, vitamin D dan juga zink.

2. Daging ayam atau lembu atau ikan

Ibu mengandung sering mengalami masalah kekurangan darah di dalam badan atau lebih dikenali sebagai Haemoglobin (Hb) rendah. Daging ayam,lembu atau ikan adalah sumber protein berkualiti tinggi. Daging ayam dan lembu ini kaya dengan sumber iron dan vitamin B.

Iron atau zat besi adalah mineral penting yang digunakan oleh sel darah merah sebagai satu bahagian haemoglobin. Iron diperlukan pada awal trimester dan sangat diperlukan pada trimester ketiga kerana kapasiti darah semakin bertambah. Di mana, sekiranya iron rendah dalam darah, sel darah merah tidak boleh mengangkut oksigen ke tisu badan.

Namun, ramai ibu mengandung terlepas pandang mengenai makanan yang boleh membantu penyerapan iron (iron enhancer) dan makanan perencat iron (iron inhibitor). Dimana iron enhancer ini akan membantu iron diserap secara maksimum ke dalam badan, manakala, iron inhibitor ialah penghalang bagi iron untuk diserap ke dalam badan.

Iron enhancer: Perlu MAKAN bersama makanan yang mempunyai tinggi iron seperti daging ayam/ lembu.

  • Buah yang kaya vitamin C: oren, jambu batu,betik
  • Buah yang kaya vitamin A dan Beta-Karotena: Tomato, keledek, lobak merah, buah labu.

3. Kacang dan Kekacang

Jenis kumpulan kacang dan kekacang ialah termasuk kacang peas, soya bean, kacang tanah, kacang gajus, dan kacang kuda

Kacang dan kekacang ini adalah sumber serat, protein, iron, FOLATE, iron, magnesium, kalium dan juga kalsium yang diperlukan oleh ibu mengandung.

Folate ialah vitamin B9 yang sangat diperlukan ketika mengandung. Kerana itu, ibu mengandung disarankan mengambil asid folik yang mencukupi sebelum dan semasa mengandung dan selepas. Hal ini kerana ibu mengandung perlu mengambil asid folik yang mencukupi.

Kekurangan folate ini akan menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah dalam badan), kekurangan sel darah putih dan platlet, dan juga kecacatan janin pada tiub neural (neural tube defects) yang memungkinkan berlakunya kecacatan iaitu pembukaan pada di spinal cord atau bahagian otak bayi seperti tempurung kepala tidak terbentuk. Oleh itu, asid folik perlu di ambil.

BACA SELANJUTNYA BERKENAAN MAKANAN UNTUK IBU MENGANDUNG DI SINI

Kenali 5 jenis perut buncit bagi wanita dan ketahui 6 tips untuk atasi masalah ini. Anda mengalami masalah terkucil dan perlukan tips diet? Sila layari amisi.com.my

Previous Post

Tips Untuk Bersukan Semasa Musim Hujan

Next Post

Ubat-Ubat Gout dan Penggunaannya