9 TANDA-TANDA NAK BERSALIN

Fuhh rasa berdebar je kan jantung ni saat saat kandungan dah mencecah 9 bulan keatas. Rasa tak sabar sangat nak tunggu ketibaan si comel kan. Antara 9 tanda-tanda nak bersalin yang mommies mungkin hadapi adalah seperti berikut:

Pasti new mommies tertanya-tanya kan, berapa lama proses bersalin, bagaimana prosesnya, apa perasaan mommies ketika itu dan yang pasti, mommies akan tertanya-tanya apakah tanda-tanda nak bersalin?

APA ITU BERSALIN? 

Bersalin atau kelahiran anak merupakan proses pada peringkat akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim mommies. Ia akan bermula dengan rahim mengecut setiap 10-30 minit dan proses pengecutan akan berlaku selama 40 saat. Proses pengecutan rahim akan meningkat setiap 2 minit secara perlahan. Setelah pangkal rahim membuka sehingga 10cm, janin akan dikeluarkan melalui vagina. 

TANDA NAK BERSALIN: 1 JAM SEHINGGA 1 BULAN SEBELUM PROSES BERSALIN.

  1. “The Baby Drops” 

Pada 2 atau 4 minggu terakhir, mommies akan berasa seperti kandungan seakan bergerak ke bawah. Kepala bayi akan semakin menghampiri pintu pelvis. Ini kerana, kandungan mommies sedang mengambil posisi untuk keluar dari rahim, iaitu kepala bayi sudah turun dan rendah. 

  1. Kerap buang air kecil

Disebabkan kepala bayi semakin menghampiri pintu pelvis, mommies akan semakin kerap ingin buang air kecil. Ini kerana, kedudukan kepala bayi yang rendah dan memberikan lebih banyak tekanan kepada pundi kencing mommies. 

  1. Keluar lendir dari vagina

Mommies juga akan mengalami lendir yang keluar dari vagina berwarna putih dan merah jambu. Lendiran tersebut akan berbeza dari lendiran darah. 

Ada banyak lagi tanda-tanda nak bersalin… Kalau berminat nak tahu boleh ke sini!