Apa Itu Penyakit G6PD?

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah.

Masalah kekurangan enzim ini punca utama anak yang terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan ataupun makanan tertentu akan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. 

Ini dinamakan proses hemolisis. Ia menyebabkan pesakit kekurangan darah. 

penyakit g6pd

Punca G6PD 

Penyakit G6PD adalah penyakit keturunan yang sering dibawa oleh kromosom X daripada ibu atau bapa pembawa gen. 

Jika anda atau pasangan merupakan pesakit G6PD atau mempunyai sejarah penyakit itu dalam keluarga, maka anak anda juga mungkin menghidap G6PD.

Simptom-simptom G6PD 

Berikut merupakan simptom-simptom penyakit G6PD yang anda perlu lebih cakna terhadap keadaan anak: 

  1. Kelihatan pucat 
  2. Tidak bermaya (letih yang teramat)
  3. Pening 
  4. Degupan jantung yang laju 
  5. Sukar bernafas 
  6. Sakit dada

Sekiranya anda mengesan simptom ini pada bayi, segera dapatkan rawatan di hospital!

Ambil Tahu Juga : Penyakit Influenza

Pilih Produk Bayi Yang Selamat

Apabila anak disahkan menghidap penyakit ini, anda kena teliti dalam pemilihan produk penjagaan anak-anak. 

Minyak angin, minyak urut dan baby oil merupakan antara salah satu barang keperluan untuk bayi dan kanak kanak bagi mengelakkan masalah kembung perut .

Namun, terdapat beberapa jenis minyak angin yang mengandungi campuran menthol dan camphor. 

Bahkan bahan ini bahaya untuk kanak kanak bawah dua tahun.

Syarat Masuk Universiti

Jenis Minyak Untuk Bayi