
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Rumah?
Rumah adalah antara barangan termahal kita beli. Kalau barang mahal, perlulah ada insurans kan? Jom baca pengenalan padat dan ringkas insurans rumah yang kami sediakan ini!
Beli rumah adalah suatu pelaburan yang besar dan mahal. Sama seperti barangan berharga yang lain, pastinya anda ingin melindunginya dengan insurans yang bersesuaian.
Insurans rumah dirangka untuk memberikan jaringan keselamatan kewangan sekiranya berlaku situasi tak diingini yang menyebabkan kerugian atau kerosakan hartanah anda.
Rasa-rasanya, apakah jenis polisi yang boleh anda ambil untuk melindungi hartanah anda? Kami sediakan pengenalan ringkas pelbagai jenis insurans rumah di Malaysia untuk anda!
1) Polisi Pemilik Rumah
Polisi pemilik rumah pula memberikan jaringan perlindungan tambahan untuk hartanah anda selain polisi kebakaran standard.
Ia memberikan perlindungan kepada struktur fizikal hartanah anda seperti dinding, bumbung, lekapan dan lengkapan bangunan, struktur luar, dan sebagainya.
Polisi ini juga meliputi kerosakan yang disebabkan oleh cuaca buruk, banjir, kebakaran, paip pecah, dan pelbagai kejadian buruk lain yang boleh menjejaskan kediaman anda.
3) Polisi Isi Rumah
Polisi isi rumah dirancang untuk memberikan perlindungan tambahan kepada barangan dan peralatan dalam rumah anda.
Maksudnya, jika berlaku kejadian yang boleh diinsuranskan seperti kerosakan kerana kebakaran, kilat, banjir, paip pecah dan sebagainya, polisi ini boleh melindungi barangan dan peralatan dalam rumah anda dan ganti rugi boleh dituntut.
Polisi ini juga boleh memberikan perlindungan tambahan kepada pemilik kediaman individu yang berdaftar sekiranya berlaku kecederaan maut.