Baju Kurung Fana Couture

Terdapat pelbagai jenis fesyen baju kurung moden yang cantik, elegan dan berkualiti tinggi yang anda boleh pilih di Fana Couture.

Baju Kurung Moden

Baju kurung moden menjadi pilihan zaman kini tanpa mengira peringkat umur si pembeli. 

Cutting-nya yang lebih cantik mengikut bentuk badan membuatkan si pemakai tampil lebih anggun dan bergaya. 

Jadi, baju kurung moden sebenarnya sesuai untuk dipakai semasa interview.

Baju Kurung Kedah

Baju kurung kedah menyerupai baju blouse yang singkat dan dipadankan dengan kain sarung atau kain batik.

Material yang digunakan selalunya daripada cotton yang bercorak bunga kecil. Si pemakai tampil lebih ayu dan manis bila memakainya.


Baju Kurung Pahang

Cutting  baju kurung Pahang lebih selesa untuk si pemakai yang suka tampil lebih tinggi dan sopan. 

Sesuai dipakai pada orang yang lebih tinggi kerana kurung ini mempunyai ukuran baju yang melepasi paras lutut. 

Selain itu, baju kurung Pahang mempunyai cuttingyang kembang dan labuh pada bahagian bawah baju.

Baju Kurung Pesak

Wanita melayu dahulu yang suka akan klasik lebih gemar memakai baju kurung pesak sebagai baju kurung raya. 

Hal ini kerana ia mempunyai potongan pada bahagian tepi kiri dan kanan baju. 

Baju Kurung Peplum

Pada yang suka penampilan seakan princess lebih gemar memakai kurung peplum. 

Rekaannya yang beralun seperti blaus di bahagian pinggang baju menampakkan si pemakai seperti anak patung yang comel

Fana Couture percaya bahawa bergaya seharusnya mudah dan berpatutan!

Sejak penubuhan kami, kami berpegang teguh pada kepercayaan ini dengan menyampaikan gaya kepada semua secara konsisten tanpa menjejaskan nilai.

Di Fana Couture, kami mengutamakan kualiti dalam setiap perkara yang kami lakukan. Kualiti produk yang unggul adalah janji kami dan ia mencerminkan budaya kerja kami.

Kami juga menjunjung amanah dan rasa hormat-menghormati dalam membina hubungan dengan pelanggan kami.

Tunggu apa lagi? Dapatkan baju kurung yang cantik dan berkualiti di Fana Couture sekarang!

Jika anda ada sebarang pertanyaan, layari laman web kami di sini.

Pakej Percutian ke Kundasang

Kebas: Rawatan Elak CTS