
Batik Boutique Ayayu
Misi Batik Boutique Ayayu adalah untuk memastikan kesinambungan seni batik diteruskan dan diperjuangkan melalui fesyen.
Diilhamkan dari alam semula jadi dan unsur sejarah tempatan, Ayayu sentiasa memastikan hasil rekaan bermotifkan batik sesuai dengan cita rasa lokal dan semasa.
Pakaian yang dihasilkan oleh Ayayu tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja tetapi juga untuk remaja dan dewasa wanita dan lelaki dengan pilihan warna yang terkini san design yang sangat menarik.
Antaranya adalah baju kurung kedah bagi kanak-kanak dan wanita, baju kemeja lelaki yang pelbagai jenis seperti baju kemeja batik, baju kemeja denim dan baju kemeja flannel. Tidak ketinggalan juga kain batik dan baju batik yang digemari ramai kerana keindahan corak dan design yang menarik.
Ayayu mengekalkan rekaan berbentuk tradisional dan juga mengintegrasikan elemen rekaan moden bagi memenuhi cita rasa semua lapisan masyarakat.
Bukan itu sahaja, Ayayu juga menawarkan khidmat jahitan (custom tailoring) dengan harga yang sangat berpatutan dan ubahsuai (alteration) percuma untuk produk batik Malaysia kami.
Jika anda nak tahu lebih lanjut mengenai khidmat jahitan yang ditawarkan, anda hanya googling “tailoring shop near me” .
Bagi wanita yang ingin mencari tudung, terdapat banyak jenis tudung yang telah dimodenkan design mengikut perubahan masa. Ini juga termasuklah dengan shawl sulam.
Bagi wanita yang lebih suka design yang simple serta cepat, anda boleh pakai tudung instant yang hanya tinggal sarung sahaja.
Tetapi, tudung bawal dan shawl sulam juga tidak kurang hebatnya dan mempunyai peminat yang tersendiri.
Selain terdapat pelbagai jenis tudung, corak yang dikenakan pada tudung juga mempunyai pelbagai jenis. Corak yang dihasilkan mampu memberi impak besar kepada pemakainya.
Terdapat jenis corak seni moden yang bergaya abstrak, ada juga yang menggunakan elemen floral bagi menaikkan aura feminin.
Warna tudung dan corak turut memainkan peranan. Sebagai contoh, terdapat corak yang dihasilkan printed dengan menggunakan warna warna pastel atau warna lembut.
Ada juga yang menggunakan warna bold untuk tampak lebih menyerlah.
Bagi tudung jenis bawal satin atau jenis instant shawl sulam ada cara penjagaannya yang tersendiri bagi memastikan kualiti tudung tahan lama.
Antara tip penjagaan kain sulam adalah:
- Tidak basuh menggunakan berus
- Elak minyak wangi pada sulaman
- Jangan rendam dengan sabun atau peluntur terlalu lama
- Mengenakan suhu yang betul