Berpantang Selepas Bersalin

Buat para ibu yang berada dalam zaman moden ini, isu berpantang selepas bersalin merupakan salah satu isu yang pastinya menimbulkan dilema dalam diri. Sama ada mahu mengamalkan petua berpantang orang zaman dahulu atau berpantang mengikut nasihat pakar perubatan masa kini?

Seiring dengan gaya hidup zaman sains dan teknologi masa kini, kemajuan sains perubatan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Jika dahulu, adalah sangat sukar untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan. Tetapi kini, semuanya berada di hujung jari. Hanya dengan satu klik, pelbagai info kesihatan sahih dapat kita perolehi.

Ikuti tips-tips berpantang selepas bersalin untuk ibu moden.

TIPS 1 : MINUM AIR SECUKUPNYA

Ibu-ibu yang berpantang selepas bersalin memerlukan air yang secukupnya iaitu 2 hingga 3 liter sehari. Ianya penting bagi penghasilan susu ibu yang banyak kerana susu ibu mempunyai komponen air yang tinggi. Selain itu, minum air yang mencukupi dapat mengatasi masalah sembelit.

TIPS 2 : MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT BAGUS UNTUK BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Ibu yang berpantang selepas bersalin memerlukan zat nutrisi daripada makanan yang berkhasiat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar pengambilan makanan yang terbaik adalah mengikut sukatan ini – suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein, separuh pinggan adalah sayur dan buah.

Ikan, ayam, daging dan telur mengandungi protein yang tinggi dan amat diperlukan untuk pembaikan tisu-tisu badan.

Sayur-sayuran dan buah-buahan pula mengandungi serat untuk mengelakkan sembelit. Selain itu, untuk menggantikan darah yang hilang selepas bersalin serta mempercepatkan penyembuhan luka, vitamin-vitamin seperti Vitamin A, B1, B2 dan B6, dan C, asid folik, zat besi dan garam galian (seperti kalium) yang terkandung dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu.

Mahu mengetahui lebih lanjut tentang berpantang atau perkara berkaitan wanita? Dapatkan infor terkini dan terperinci di sini!


Batik malaysia adalah warisan seni dan identiti rakyat malaysia.

Hukum pakai inai dan senarai corak inai simple