Bertungku dan Berpantang Dengan Cara yang Betul.

Bertungku mempunyai banyak kelebihan. Bertungku bukan sahaja untuk para ibu berpantang malah ia boleh juga digunakan untuk melegakan sakit-sakit badan, melegakan kaki kebas dan sebagai ganti sauna dan kecerdasan diri amat bagus melakukannya. Tetapi, jangan sampai salah cara bertungku pula ye. Sebab nanti hasilnya tak jadi apa. Buat penat saja rupanya cara anda salah. Ikuti perkongsian ini agar anda tidak tersalah bertungku.

Bertungku di bahagian peranakan ini adalah untuk mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati kerana peranakan juga perlu dinaikkan ke atas. Proses ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir untuk mengelakkan kemudaratan. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungku di bahagian ini dilakukan ketika ibu berbaring. Lakukan proses bertungku di bahagian ini sekurangnya selama 25 minit.

Kelebihan bila bertungku..

✔membuang angin & menghangatkan badan
✔mengecutkan urat
✔badan rasa lebih cepat sihat dan cergas
✔melancarkan peredaran darah
✔mempercepatkan pengeluaran darah nifas
✔Peranakan cepat naik dan kecut
✔Perut cepat kempis
✔mengelakkan tombong usia muda

Cara Pakai Korset Yang Betul

Ini juga satu faktor penting memilih bengkung yang baik. Kebanyakan korset yang ditawarkan di pasaran hanya membentuk bahagian pinggang. Kesannya, bentuk badan akan jadi tidak sekata. Bahagian atas dan bawah akan membesar sedangkan hanya pinggang mengecil. Kan tak cantik macam tu!

Amat penting untuk ambil ukuran dulu sebelum memakai sesuatu korset. Korset yang bagus ada banyak jenis saiz/ukuran ikut saiz badan si pemakai. Elakkan beli korset yang free size sebab akan rasa tak selesa dan memudaratkan.

Dapatkan set berpantang di Setsuri!

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk melawati laman web rasmi Setsuri dan membuat pembelian dengan segera!

Anda juga boleh hubungi kami di Facebook!

Previous Post

SURPRISE DELIVERY AREA KL

Next Post

Trend Baju Raya Terkini