
Cara Belajar Mengaji Dari Kenal Huruf
Bukan mudah untuk buang malu belajar mengaji Al-Quran dari awal.
Tambahan pula apabila usia dah bertambah.
Rasa segan, rendah diri, malu dan macam-macam perasaan bersimpang siur.
Ada 3 step yang kongsikan disini;
1. Benarkan diri buat ‘KESALAHAN’
Ini tips paling penting! Ulangan, ini tips PALING PENTING!
Ya, biarkan saja mulut kita buat bunyi pelik yang otak kita kata salah tu.
2. MENIRU
Di sini dibolehkan MENIRU! Dan dapat pahala kerana belajar mengaji.
Ini kata kunci, ingat kata kunci ini – TIRU.
Dalam mempelajari bahasa baru (termasuk bahasa arab) kita bermula dengan meniru.
Bayi mula bercakap dangan belajar meniru percakapan.
Al-Quran juga begitu. Al-Quran bukan bahasa kita jadi kita mesti meniru.
Kunci penting untuk mengusai sesuatu bahasa itu ialah – TIRU
3. ULANG, ULANG dan ULANG!
Bila guru ajarkan, cuba buat. Ulang buat.
Bila kelakar, gelak sahaja. Kemudian buat lagi! Ulang lagi!
Balik ke rumah, latih lagi!
Sambil memandu ulang! Sambil memasak berlatih!
Berlatih sampai jadi natural.
Sampai tak perlu fikir macamana nak sebut.
Apabila belajar Al-Quran, yang PALING PENTING adalah KONSISTEN.
NAK TAHU LEBIH LANJUT TIPS DAN CARA BELAJAR MENGAJI? KLIK SINI UNTUK MULA BELAJAR
Di sini kami juga ingin kongsikan beberapa cara untuk meningkatkan motivasi, fokus serta mempunyai keyakinan diri.