Cara Belajar Mengaji Sendiri 

Jika anda sedang baca ini sekarang, tentu tertanya-tanya, bagaimana cara belajar mengaji sendiri? Benarkah ada cara yang mudah? Boleh ke cepat khatam?

Izinkan kami berkongsi.

Cara belajar mengaji sendiri

Berikut ialah antara cara untuk belajar mengaji Al Quran sendiri.

#1 Checklist sebelum belajar mengaji sendiri

Namun, sebelum itu pastikan anda menepati kriteria berikut:

  • Sudah kenal huruf
  • Sudah tidak keliru dengan baris atas baris bawah
  • Bacaan tidak lagi merangkak
  • Bacaan sudah lancar

Jika tidak, lebih baik belajar dengan ustaz / ustazah yang berkelayakan.

#2 Belajar mengaji sendiri melalui YouTube

Kami tahu, ramai yang cuba belajar mengaji sendiri melalui YouTube. Sebenarnya, tidak salah. Ilmu itu boleh dipelajari melalui apa-apa medium.

Banyak channel yang mengajar secara percuma. Hanya perlu subscribe dan tonton.

Sebagai seorang pelajar yang baru mahu bermula, anda perlu mengikuti siri pengajaran oleh YouTuber tersebut dari mula.

Cuma masalah besar apabila belajar melalui YouTube ialah, tidak ada sesiapa yang akan menegur kesilapan anda.

Pelajaran juga menjadi one-way communications kerana tidak ada feedback.

#3 Belajar mengaji sendiri melalui Facebook

Ada banyak kelas mengaji online percuma di Facebook. Yang paling terkenal ialah Azdan.

Cuma sama seperti YouTube, masalah besar apabila belajar melalui Facebook ialah, tidak ada sesiapa yang akan menegur kesilapan kita.

Pelajaran juga menjadi one-way communications kerana tidak ada feedback dari guru. Yang menakutkan ialah kita terus baca dengan salah.

Nak tahu dengan lebih cara belajar mengaji yang berkesan? Jom baca di sini!