
Cara Belajar Mengaji
Pada umumnya, lebih baik untuk belajar Al-Quran dengan berguru tetapi ramai sahaja yang malu dan ingin memulakan sendiri dahulu.
Jangan risau kerana anda tidak bersendirian. Selagi anda mempunyai niat untuk mempelajari dan memahami Al-Quran, maka kami percaya pasti akan ada jalannya.
Kami akan kongsikan beberapa cara belajar mengaji yang anda boleh amalkan. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!

1. Belajar Mengenal Huruf Dalam Al-Quran
Untuk membaca Al-Quran dengan betul dan lancar, perkara paling asas adalah mempunyai keupayaan untuk mengenal huruf-huruf dalam Al-Quran.
Anda boleh memulakan pelajaran ini melalui Iqra’. Kenali satu persatu huruf Al-Quran dengan baris-baris yang berbeza.
Terus ulangi untuk terapkan dalam memori.
2. Belajar melalui YouTube
Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat di internet? Cara mengaji di atas talian juga tersedia secara atas talian.
Terdapat pelbagai video yang tersedia di Youtube secara percuma yang boleh anda ikuti untuk mempelajari huruf-huruf asas Al-Quran.
Malah, anda juga boleh mengikuti bacaan surah ayat-ayat lazim yang ada di Youtube, seperti ayat seribu dinar.
Selain boleh membantu anda menghafal, anda juga tidak terlepas daripada mendapat ganjaran pahala!
Jika anda segan untuk berguru secara fizikal, anda juga berguru di YouTube pun boleh.
Ingatlah bahawa asas dalam membaca Al-Quran adalah dengan kelajuan yang tertib kerana haq Al-Quran untuk dibaca dengan betul.
3. Belajar Hukum Tajwid
Selain mengenal huruf Al-Quran, barisnya, dan menyambungkannya dengan huruf lain, anda juga perlu belajar tajwid dan mengambil berat tentang hukum tajwid.
Apa itu hukum tajwid? Tajwid adalah istilah dari bahasa Arab yang secara harfiah memiliki makna ‘melakukan sesuatu dengan indah atau bagus’.
Secara ringkasnya, hukum tajwid boleh dikira sebagai ‘grammar’ dalam bahasa Inggeris ataupun ‘tatabahasa’ jika dalam Bahasa Malaysia.
Kalau anda nak tahu, mengaji dengan hukum tajwid yang betul lebih dititikberatkan berbanding mengaji dengan alunan yang merdu.
Ia bukan sahaja dititikberatkan, malah jatuh menjadi hukum WAJIB tau!
Oleh itu, sebelum anda mula mengaji dengan alunan yang merdu, pastikan anda sudah memahami setiap hukum tajwid yang ada supaya bacaan Al-Quran anda tepat.
Hal ini kerana Al-Quran bukan sekadar buku Islam semata-mata, tetapi juga sebagai panduan hidup buat semua umat Islam.
Tanpa kita sedari, Al-Quran menyentuh setiap satu aspek kehidupan kita.
Al-Quran bukan sahaja sekadar untuk dibaca dan difahami sahaja, malah umat Islam juga harus mengamalkan setiap ajaran yang terdapat dalam Al-Quran kerana banyak kelebihan membaca al-Quran.
Oleh itu, sangatlah penting untuk berguru apabila mempelajari Al-Quran agar tidak tersalah tafsir ayat-ayat Al-Quran.
Boleh ikuti kelas mengaji online yang disediakan dan dilaksanakan tidak kira usia kanak-kanak mahupun dewasa. “Kelas Mengaji Online NifaQuranCareAcademy”