
Cara Menggayakan Tudung Bawal
Antara style yang anda boleh cuba termasuklah:
Gaya labuh
Bagi wanita diluar sana yang suka melabuhkan tudung dan mementingkan penampilan diri dari segi aurat boleh menggayakan fesyen ini.
Dari segi pemilihan kain tudung, pastikan ia tidak jarang ataupun nipis.
Kini, terdapat banyak jenis kain diluar sana yang tidak tebal dan ringan namun kainnya sangat selesa dan mudah bernafas.
Gaya shawl
Wanita-wanita yang gemar memakai shawl ataupun tidak mahir melilit tudung jenis shawl, jangan risau!
Tudung bawal juga boleh kita bentukkan ia untuk kelihatan seperti shawl.
Yang bestnya, tudung bawal gaya shawl tidak memerlukan terlalu banyak pin ataupun jarum peniti seperti shawl.
Bukan sahaja anda kelihatan anggun, masa mahu bersiap pun jadi cepat!
Gaya Arabian

Wanita Arab cantik-cantik kan? Gaya tudung mereka juga sering menaikkan seri wajah dan kekal cantik sekali gus menutup aurat.
Kebanyakan wanita Arab gemar memakai tudung cotton(tudung bawal kan banyak diperbuat 100% daripada cotton!) jenis berkedut.
Terdapat beberapa jenis tudung bawal printedyang anda boleh gayakan ala-ala Arab tanpa perlu digosok dan masih nampak stylish!
Gaya runcing
Pipi dan dagu anda tampak terlalu comel? Kita boleh wujudkan efek muka runcing dengan style ini.
Ya! Cara anda memakai tudung adalah sangat penting dalam memastikan wajah anda memantulkan angle yang meruncingkan.
Fabrik tudung bawal satin atau bawal cotton juga memainkan peranan yang penting bergantung dengan kesesuaian bentuk wajah anda.
Anda juga boleh jadikan tudung as barang hantaran tunang atau kahwin.
Gaya ringkas
Haa, gaya ini gaya favourite student-student di luar sana. Bukan sahaja students, para wanita tidak kira umur amat gemar memakai tudung bawal style begini.
Sangat mudah dan ringkas untuk dipakai terutamanya jika nak keluar rumah untuk jangka masa yang pendek.
Beza style ini dengan tudung sarung atau tudung instant, nampaklah anda ada exert lebih effort kerana kebiasaannya kita kaitkan tudung sarung sebagai ‘tudung rumah’.
Barulah ke pasar pun nampak anggun!
Gaya pejabat

Bagi para wanita yang ingin tampil cantik namun masih juga kelihatan professional untuk penampilan ke pejabat, anda boleh cuba gaya tudung ini.
Semenjak pandemik melanda dunia, kebanyakan daripada kita runsing memikirkan style yang sesuai untuk menghadiri meetings secara atas talian.
Mujur Fazura hadir sebagai heroin wanita-wanita di Malaysia dengan style tudung bawalnya yang manis.
Style ini lebih terserlah dengan tudung bawal printed macam Fazura pakai dalam gambar di atas kan?
Gaya klasik

Gaya yang terakhir, gaya klasik tudung bawal yang sering menjadi gaya pilihan rata-rata wanita.
alah, gaya ini juga sesuai untuk semua situasi sama ada formal dan casual wear women.
Bentukkan tudung secara tiga segi, pendekkan bahagian dalam (Adjust ikut kehendak kelabuhan yang anda inginkan).
Pastikan kedua-dua bahagian adalah sama panjang sebelum pinkan pada bawah dagu.
Tarik belah kiri dan pinkan pada bahu kanan dan tarik pula belah kanan dan pinkan diatas kepala.
Haa, bestkan bergaya pakai tudung bawal? Stylish gittew!