
Bau Badan: Cara Semula Jadi Menghilangkannya
Peluh tidak berbau pada badan, tetapi bakteria yang terdapat pada permukaan kulit menyebabkan bau semasa atau selepas berpeluh. Berpeluh adalah cara penting untuk menyejukkan badan dan kekal sihat.
Wanita mempunyai 75 peratus lebih kelenjar peluh daripada lelaki, tetapi lelaki berpeluh dua kali lebih banyak. Kajian lain juga mendapati saiz badan mempengaruhi jumlah peluh yang dihasilkan, yang mempengaruhi intensiti bau badan bagi setiap individu.
Terdapat banyak cara semula jadi untuk memerangi bau badan, termasuk menggunakan limau purut. Buah sitrus kaya dengan vitamin C.
Orang tua tua dahulu menasihatkan menggunakan limau purut untuk menghilangkan bau badan. Salah satu kebaikan bahan semulajadi ini ialah sitrus yang kaya dengan vitamin C ini juga mempunyai sifat antioksidan.
Dikatakan produk ini boleh membunuh 99% bakteria, sekali gus memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan. Terdapat pelbagai rawatan individu yang boleh dilakukan untuk menghilangkan bau badan antaranya lulur badan dan mandian aura berasaskan limau purut.