Cara Menjaga Penampilan Buat Lelaki

Sebagai lelaki, menjaga penampilan itu sangat penting.

Bukan sahaja untuk mendapat tanggapan yang baik tetapi juga untuk keyakinan diri sendiri.

Ramai yang berfikiran bahawa lelaki tidak perlu memakai produk untuk penjagaan diri.

Hakikatnya tidak, lelaki pun manusia juga dan setiap manusia mempunyai kekurangannya masing-masing.

Jadi, lelaki juga perlu memakai produk untuk tampil kemas, bersih dan segak.

Nak tahu cara menjaga penampilan bagi lelaki? Ikuti artikel ini.

Rambut

Sebagai lelaki yang rambutnya sentiasa terdedah, kita perlulah menjaga bahagian kepala dan rambut supaya nampak kekal sihat.

Apa yang boleh anda buat ialah dengan menggunakan set pencuci rambut.

Set pencuci dan penjagaan rambut biasanya didatangkan dengan shampoo, conditioner, hair mask dan serum.

Bergantung kepada jenis kepala, jenis rambut dan produk, penggunaannya adalah berbeza.

Seperti shampoo biasa perlu digunakan sehari sekurang-kurangnya sekali untuk mencuci kotoran yang ada pada rambut.

Conditioner kebiasaanya digunakan selepas memakai shampoo.

Untuk hair mask pula, rawatan ini biasanya dibuat sekali setiap seminggu atau dua.

Serum pula dipakai jika mahu keluar dari rumah supaya rambut tidak kusut dan dapat melindungi rambut daripada sinaran matahari yang mengakibatkan kerosakan.

Muka

Untuk penjagaan muka pula, setiap orang mempunyai lain keperluan.

Tetapi produk asas yang perlu ada ialah pencuci muka, pelembap muka dan juga sunscreen.

Badan

Untuk badan, perkara yang paling penting adalah untuk kita menjaga bau badan.

Bau badan mendatangkan tanggapan seseorang. Jika kita berbau busuk, orang semestinya tidak selesa untuk mendekati kita.

Untuk mengelakkan daripada bau badan yang tidak menyenangkan, kita perlulah memakai syampu badan.

Selain dari menghilangkan kotoran badan, ia juga dapat memberikan kesegaran bau kepada badan.

Tetapi jika kita keluar rumah dan berpeluh disebabkan panas, bau badan kita sememangnya akan timbul dengan lebih kuat.

Perkara yang boleh mengurangkan daripada perkara ini berlaku adalah dengan memakai deodoran dan minyak wangi.

Dengan memakai deodoran, ia dapat mengelakkan daripada bau peluh yang melampau.

Minyak wangi adalah sebagai pewangi tambahan yang boleh kekal lebih lama dan baunya yang lebih kuat berbanding deodoran.

Minyak wangi lelaki mempunyai pelbagai jenis bau dan boleh meningkatkan mood kita.

Selain daripada bau, perkara yang menjatuhkan keyakinan lelaki ialah perut yang buncit atau boroi.

Apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan badan yang segak adalah dengan bersenam dan mengamalkan diet yang sihat.

Jika nak cara lain untuk mengempiskan perut, anda boleh cuba menggunakan bengkung lelaki. Ia adalah produk yang agak baru dalam pasaran kerana sebelum ini cuma ada bengkung untuk wanita sahaja.

Pakaian

Selain dari produk produk untuk kulit, pakaian yang kita pakai juga akan mengubah tanggapan orang terhadap kita.

Perlulah kita untuk sentiasa memakai pakaian yang bersesuaian dengan tempat dan acara.

Jika mementingkan keselesaan, belilah pakaian yang saiznya besar sikit daripada sekadar muat ke badan dan lihatlah bahannya terlebih dahulu.

Kain yang harga berpatutan dan murah selalunya diperbuat daripada polyester ataupun lycra material seperti kain jersi.

Jika mampu untuk beli material yang mahal, boleh cari yang diperbuat bulu (wool), silk (sutera) atau cashmere.