Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Mudah Dan Berkesan

Tips Jimat Minyak Kenderaan Paling Mudah. Hendak tahu Cara Menjimatkan Minyak Kereta lebih-lebih ketika harga minyak tidak menentu sekarang? Berikut dikongsikan senarai 20 tips cara jimat minyak kereta yang paling mudah dan berkesan. Tips cara jimat minyak kereta atau petrol ini dikongsikan dari Facebook Max Power Controller (MPC).

Panduan Cara Menjimatkan Minyak Kereta

Jadi anda boleh mencuba tips ini untuk kereta anda dalam mendapatkan penjimatan dan kepuasan sepenuhnya (Tips how to save car fuel). Menurut laman web Automotive Fleet terdapat banyak Cara Jimatkan Minyak Kereta Yang Mudah Dan Berkesan yang boleh dipraktikan oleh pengguna kenderaan. Berikut adalah sebahagian daripadanya :-

1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan

Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh

Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

Ini antara tips jimatkan minyak kereta baca yang seterusnya di sini.