Cara Merawat Bayi Hidung Tersumbat

Masalah hidung tersumbat dalam kalangan bayi tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Justeru, ibu dan ayah perlulah sentiasa cakna dan pantas dalam mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan masalah tersebut.

Jika masalah ini berlarutan, ia boleh mengganggu pernafasan dan kesihatan si bayi.

1. Alat sedutan lendir

hidung tersumbat

Anda boleh mendapatkan alat sedutan ini di mana-mana farmasi atau kedai peralatan bayi.

Sesetengah alat penyedut mempunyai tiub kecil panjang yang memerlukan anda untuk menyedutnya secara manual.

2. Bahan alami

Selain daripada alat sedutan lendir, anda juga boleh gunakan air kunyit dan minyak lalu stimkannya dengan menggunakan bawang putih.

Ini membantu untuk berikan kelegaan kepada bayi yang sedang menghadapi hidung tersumbat.

3. Urutan Wajah Dan Hidung Bayi

Bukan hanya orang dewasa sahaja yang suka diurut. Bayi pun gemar untuk diurut menggunakan minyak urut.

Anda boleh mengurut wajah dan bahagian hidung si bayi (secara lembut dan perlahan) bagi memudahkan lendir di dalam hidung mudah untuk keluar.

Dengan ini, ia membantu untuk melegakan hidung si bayi.

4. Teknik percussion

Teknik percussion ini merujuk kepada bentuk tangan (cupping) seolah-olah sedang berdoa dan buat pukulan secara lembut di pergelangan tangan sahaja

Tepuk selama 15 minit ke kiri, kanan, dan belakang bayi.

5. Tinggikan kepala bayi ketika tidur

Langkah yang seterusnya adalah anda perlu meninggikan kepala bayi ketika anda berikan susu kepadanya.

Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada bayi mudah tersedak dan si kecil lebih mudah untuk bernafas.

6. Produk natural selamat digunakan

hidung tersumbat

Langkah yang terakhir adalah anda boleh menggunakan Baby Herbal Cream untuk berikan keselesaan kepada bayi.

Sebahagian bahan yang terkandung dalam krim ini ialah:

Produk semulajadi ini boleh dijadikan sebagai alternatif dan rawatan tradisional untuk melegakan masalah seperti berikut:

Sebagai seorang ibu dan ayah, anda tidak boleh membiarkan masalah ini berlarutan. Anda perlu sentiasa mengawasi keadaan bayi.

Jika perlu, anda perlu bersegera dan membawanya berjumpa dengan doktor jika tanda-tanda hidung tersumbat berpanjangan.