Cara Penanaman Padi Yang Berkesan

Padi secara umumnya merupakan makanan ruji bagi seluruh warga di Asia. Masyarakat kita sering memanggilnya sebagai beras yang merupakan produk akhir dalam pemprosesan padi. Dalam artikel ini, akan membincangkan cara-cara penanaman padi yang berkesan.

Penyediaan Tanah

Untuk memulakan penanaman padi pada sesebuah kawasan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah pembersihan kawasan secara menyeluruh. Selain itu, penyediaan batas dan tali air amatlah penting bagi tanaman ini. Untuk kawasan bekas penanaman padi pula, kerja-kerja membaiki batas, parit dan tali air perlu dipertimbangkan.

Penyediaan dan Penanaman Benih

Langkah pertama yang mesti dilakukan sebelum penanaman padi ialah pemilihan biji benih. Biji benih yang baik hendaklah dipilih daripada pokok yang sihat dan cukup matang. Terdapat 2 cara penyemaian yang boleh digunakan iaitu tabur terus dan sistem mengubah.  Secara tabur terus, benih boleh ditabur secara manual atau menggunakan mesin penyembur.

Pembajaan

Kadar pembajaan adalah berbeza bergantung kepada keadah semaian yang digunakan. Samada kaedah semaian tabur terus ataupun mengubah, kadar pembajaannya mengikut jenis baca dan setiap jenis mempunyai kadar pembajaan yang tersendiri menggunakan unit Kg/ha.

Pengurusan Air

Bagi memberikan hasil padi yang memuaskan, bekalan air hendaklah sentiasa mencukupi dan berterusan. Saliran yang baik dan teratur adalah penting bagi mengatur aturan keluar dan masuk air dalam kawasan penanaman.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Serangga yang umumnya sering menyerang padi adalah benang perang dan kutu beruang. Manakala untuk serangan penyakit pula, tanaman ini sering diserang oleh karah padi, hawar seludang, hawar daun, dan merah virus.

Penuaian

Hasil tuaian padi adalah berbeza bergantung kepada varieti yang digunakan. Kebiasaannya, padi akan dituai setelah mencapai umur sekitar 105-125 hari selepas penanaman. Pada masa ini, penggunaan jentera dalam industri ini semakin meluas berikutan daripada kecekapan kerja yang baik.

Tempat Percutian Menarik

Check List Ibu Bapa Prihatin