
Ciri-Ciri Usahawan Berjaya
Adakah anda seorang usahawan sekarang? Mesti selalu terfikir bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Okay sekarang cuba lapangkan fikiran dan ikuti perkongsian kami kali ini yang akan memberikan anda pendedahan tentang ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Baca artikel lanjut untuk mengetahui bagaimana ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya.
- Bijak Dalam Menangani Masalah
Untuk menjadi seorang usahawan berjaya, anda perlulah bijak dalam menangangi apa jua masalah yang berlaku. Masalah yang selalu wujud adalah pembekal, pelanggan, keuntungan, kerugiann dan muflis. Maka, sebagai pemilik sesebuah perniagaan, anda perlu merancang pengurusan kerosakan ataupun damage control bagi setiap satu permasalahan yang timbul.
2. Usahawan Berjaya Akan Menguruskan Dengan Baik
Perkara asas yang perlu diberi perhatian adalah menguruskan masa dengan baik. Jika anda seorang usahawan yang sering mengabaikan masa, bagaimana untuk anda mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.
3. Berpandangan Jauh
Berpandangan jauh boleh didefinisikan sebagai suatu kebolehan untuk menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada adalah memiliki sifat berpandangan jauh.
4. Sentiasa Bertindak Proaktif
Seorang usahawan perlu sentiasa aktif dan cepat bertindak. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada sesorang yang proaktif adalah selalu memiliki tujuan, gerak maju, dan berorientasi ke masa depan. Seseorang yang proaktif juga tidak akan menunggu peluang datang, bahkan mereka akan mencari peluang yang dapat membantu mereka untuk meningkatkan kualiti syarikat.
New online motor insurance and takaful with comprehensive syariah compliant. Will cover for loss, accident, damage of your car. Get Etiqa covered with syariah compliant plan for loss, theft, damage for your car. Enjoy up to 30% cash rebates. Etiqa is a fast and easy insurance company in Malaysia.