Golongan Berisiko Jangkitan Influenza

  •  Kanak-kanak

Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun amat berisiko untuk menerima jangkitan influenza.

Ini disebabkan oleh sistem imun badan mereka yang belum cukup matang dan kuat bagi melawan jangkitan tersebut. 

Oleh sebab itu, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti virus ini. Lebih membimbangkan lagi, kadar kematiannya dalam kalangan kanak-kanak bawah amat tinggi.

  •  Wanita mengandung

Dalam tempoh kehamilan, biasanya wanita akan menjadi sedikit lemah. Sekiranya wabak ini berlaku, maka mereka juga tergolong sebagai berisiko untuk dijangkiti.

  • Warga emas
penyakit influenza

Golongan warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas adalah juga mudah untuk menjangkiti wabak ini. 

Sistem imuniti tubuh badan mereka sudah menjadi lemah dan menurun menyebabkan mereka menjadi golongan yang berisiko tinggi.

  •  Pesakit penyakit kronik 

Antara penyakit-penyakit kronik seperti Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD), penyakit jantung, kencing manis dan penyakit buah pinggang menyebabkan golongan ini mudah dijangkiti virus penyakit influenza. 

  •  Pesakit imun lemah

VIrus berbahaya ini turut menyerang individu seperti pesakit kanser, pesakit yang memerlukan ubat anti-imun dan steroid ataupun penerima organ. 

Golongan ini mempunyai daya ketahanan badan yang rendah sehingga mudah dijangkiti virus ini.