
HB Rendah? Apa sebenarnya maksud HB rendah ni??
HB Rendah? Apa sebenarnya maksud HB rendah ni??
Hemoglobin atau HB ini merupakan protein dalam darah merah yang membawa oksigen dan ia disalurkan ke seluruh tubuh badan. Apa yang dikatakan bahaya HB rendah adalah bila bacaan menjadi kurang dari 11g/dl.
Apabila Ibu berbadan dua, kebanyakan Ibu biasanya akan mengalami kurang selera makan disebabkan alahan. Makan sikit mudah muntah dan keluar balik apa saja yang ditelan.
Jika ini berlaku secara berterusan Ibu disarankan untuk berjumpa Doktor bagi mendapatkan nasihat dan vitamin tambahan, bukan hanya untuk ibu saja tapi juga buat bayi dalam kandungan.
Ibu-Ibu juga seharusnya perlu lebih “ALERT” tentang pemakanan yang diambil sepanjang proses kehamilan.
Contohnya, Ibu perlu memperbanyakkan makan daging, telur produk tenusu, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran bagi mencegah bahayanya HB rendah kerana ini dapat memberikan kesan kepada Ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.
Sebaiknya Ibu-Ibu boleh amalkan cara pemakanan yang seimbang untuk memastikan masalah HB rendah ini dapat dielakkan.
Baca dengan lebih lanjut berkenaan HB rendah di sini.