Hukum Belajar Tajwid

Semua tahu Al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh dengan kelebihan, petunjuk, dan panduan untuk umat manusia menjalani kehidupan dengan membaca kitab suci ini.

Dengan mengaji Al-Quran, kelebihan membaca al-Quran, inshaAllah adalah akan memberikan ketenangan dan keamanan dalam diri dan fikiran kita.

 

Untuk pengetahuan anda, hukum belajar tajwid adalah fardhu kifayah atau kewajiban bersama bagi mukallaf. Ini kerana bacaan anda akan sempurna apabila anda mempunyai ilmu tajwid.

Ini boleh dilihat pada ayat surah Al-Baqarah 121 iaitu:

اَلَّذِيۡنَ اٰتَيۡنٰهُمُ الۡكِتٰبَ يَتۡلُوۡنَهٗ حَقَّ تِلَاوَتِهٖؕ اُولٰٓٮِٕكَ يُؤۡمِنُوۡنَ بِهٖ‌ ؕ وَمَنۡ يَّكۡفُرۡ بِهٖ فَاُولٰٓٮِٕكَ هُمُ الۡخٰسِرُوۡنَ

“Orang-orang yang telah Kami beri kitab, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Dan barangsiapa ingkar kepadanya, mereka itulah orang-orang yang rugi.”

Ini menjelaskan bahawa ilmu tajwid adalah satu perkara yang perlu dimiliki oleh semua umat Islam. Ini kerana ia akan membantu kita untuk membaca al-Quran dengan lebih baik.

Untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan bertaqwa, anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu tajwid.

Lihat juga

Rahsia di Sebalik Ayat Seribu Dinar

Dengan adanya teknologi canggih dan Internet, anak anda kini boleh belajar dan menghadiri kelas mengaji online pada waktu terluang. 

Kaedah ini adalah inisiatif daripada ustaz/ustazah untuk mengajar lebih ramai lagi orang untuk belajar mengaji semasa wabak covid-19 melanda seluruh negara.  

Oleh itu, kami di Nifa Quran bertujuan untuk mengadakan kelas ini untuk membimbing Muslim, tanpa had umur, mengaji kitab suci ini. 

 

 

No Previous Post

4 Tips Tidur Lena