ISTIMEWA AIDILFITRI: 10 HIDANGAN WAJIB DI PAGI RAYA

KETUPAT

Terdapat beberapa jenis ketupat seperti ketupat nasi (berbentuk empat segi), ketupat palas (berbentuk tiga segi) dan ketupat dakap (yang menggunakan daun pisang). Paling popular di Hari Raya semestinya ketupat nasi dan ketupat palas. Ketupat nasi dimasak menggunakan beras biasa atau beras wangi bagi membangkitkan aroma yang harum. Ketupat palas pula dibuat menggunakan beras pulut yang diisi di dalam anyaman daun palas dan distim. Juadah terbaik untuk dimakan bersama kedua-dua ketupat ini tentunya rendang ayam atau serunding daging. 

LEMANG

Makanan wajib semasa Hari Raya pastinya lemang. Cara membuat lemang ialah dengan memasak beras pulut bersama santan di dalam buluh dan dibakar menggunakan kayu api. Lemang yang terbaik ialah lemang yang lembut apabila digigit dan mempunyai rasa lemak dari santan dan cukup masinnya. Lemang paling sesuai dinikmati bersama rendang. 

KUAH LODEH

Ramai yang sukakan ketupat dengan rendang, tetapi jika anda mahukan kelainan, kuah lodeh amat sesuai dijamah bersama ketupat. Kuah lodeh yang berlemak boleh dikatakan seperti gulai kerana resipinya menggunakan santan. Isi kuahnya meriah dengan kacang panjang, lobak merah, kobis, suhun, tempe dan tauhu.

RENDANG

Untuk hidangan ini, daging lembu dimasak bersama santan di atas api yang perlahan, memberikannya aroma dan rasa yang lazat. Selain daripada daging lembu, ayam rendang juga pilihan popular. Hidangan ini sesuai dimakan dengan apa jua jenis karbohidrat putih, sama ada nasi putih, ketupat atau roti. 

KUIH TART NENAS

Populariti kuih tart nenas semasa Hari Raya tidak dapat disangkal. Tentunya agak susah untuk anda berhenti memakan tart nenas dan pasti mahukan lebih dari satu. Ada tart nenas gulung, tart nenas bunga dan ada juga tart nenas yang berbentuk seperti nenas! Yang penting, lapisan luarannya mesti gebu dan dikunyah dengan inti jem nenas yang manis.


 baju raya sedondon | design baju raya terkini | baju kurung raya | blouse cantik | blouse labuh | blouse design |