4 Kebaikan Mengaji Al-Quran

Seperti semua sedia maklum, membaca Al-Quran mempunyai banyak kelebihan dan ganjarannya. Jadi, apa yang kita boleh dapat dari mengaji Al-Quran ini?

1. Dapat Pahala Dan Kebaikan

Dengan mengaji Al-Quran, kita akan berasa tenang dan aman dengan keadaan di sekeliling kita apalagi bila ditimpa masalah atau musibah. Allah S.W.T juga sudah berjanji, barangsiapa yang membaca Al-Quran pasti akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

2. Sebagai Penawar Penyakit

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa membaca Al-Quran mampu menjadi penawar penyakit kepada sesiapa yang mengalami. Ini kerana, Al-Quran terkandung dengan pelbagai jenis doa yang mampu menjadi penawar kepada penyakit. Oleh itu, sesiapa yang mengalami sakit, rajinlah mengaji ataupun minta sesiapa untuk bacakan ayat-ayat Al-Quran.

3. Sebagai Penyembuh Penyakit Hati

Apabila kita mengaji Al-Quran, ia juga mampu mengubati penyakit hati seperti dendam, iri hati, fitnah mahupun mengaibkan orang lain. Ini kerana, hati kita akan sentiasa berasa tenang apabila membaca Al-Quran dan di dalam lindungan Allah S.W.T

4. Menjadi Panduan Hidup

Al-Quran sememangnya menjadi panduan hidup seseorang umat Islam. Kandungan Al-Quran terdapat pelbagai nasihat dan panduan-panduan sewaktu zaman Rasulullah S.A.W. Oleh itu, umat Islam perlu menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka agar tidak terjerumus ke jalan yang salah.

Previous Post

Kontraktor Kolam Renang

Kepentingan Ilmu Tajwid Dalam Bacaan Al-Quran