
Kebaikan Sacha Inchi Untuk Kesihatan
Sacha inchi semakin mendapat perhatian masyarakat kita sejak kebelakangan ini disebabkan oleh khasiatnya. Ini kerana, sacha inchi merupakan tumbuhan yang mengandungi asid lemak Omega-3, Omega-6, dan Omega-9.
Berikut merupakan kebaikan sacha inchi untuk kesihatan yang ramai tidak tahu.
1. Boleh Membantu Menurunkan Tekanan Darah
Minyak sacha inchi dipercayai mampu membantu menurunkan tekanan darah bagi mereka yang mengambilnya secara konsisten. Satu kajian yang telah dijalankan juga mendapati ekstrak kulit buah sacha inchi boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi haiwan yang menghidap hipertensi.
2. Baik Untuk Kesihatan Usus
Sacha inchi juga dikatakan turut berkhasiat untuk kesihatan usus jika diamalkan secara disiplin. Pengambilan minyak sacha inchi bersama diet tinggi lemak mampu mengimbangkan bakteria baik di dalam usus.
3. Berpotensi Mencegah Kanser
Sacha inchi juga dilihat berpotensi untuk mencegah kanser kepada seseorang. Satu kajian yang telah dijalankan mendapati diet berasaskan minyak sacha inchi selama 4 minggu mampu mengurangkan jisim tumor, pembiakan sel-sel tumor dan mengurangkan keradangan dalam badan.
4. Boleh Melindungi Sel-Sel Badan
Sacha inchi juga kaya dengan antioksidan iaitu sebatian yang melindungi sel-sel badan kita daripada mudah dijangkiti penyakit. Ini kerana, kajian mendapati minyak sacha inchi turut mengandungi vitamin E. Vitamin E kaya dengan antioksidan larut lemak yang boleh menghentikan penghasilan radikal bebas.