
Kebaikan Sistem Fertigasi Untuk Tanaman
Fertigasi adalah kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis. Dalam sistem ini, cecair baja disalurkan di dalam pengairan. Ketersediaan nutrien di dalam sistem ini tinggi membolehkan baja diambil oleh tanaman dengan efisien. Dalam kaedah ini, baja cecair dan baja larut air digunakan. Peningkatan efisien baja meningkat 80 hingga 90 peratus dengan penggunaan sistem ini.
Antara kebaikannya ialah:
- Kaedah fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan kualiti, menjimatkan masa, mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta meningkatkan kecekapan ladang. Inilah sebab utama fertigasi diminati.
- Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain.
- Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.
- Kekerapan pemberian larutan baja pada kadar yang perlahan dapat memastikan perbezaan lembapan tanah tidak terlalu besar antara tanah yang kering dengan yang basah.
- Memandangkan kadar penitisan yang perlahan, saiz paip utama dan paip tertier adalah sangat kecil. Oleh itu kos pembelian paip adalah lebih murah.
- Mengelakkan garam daripada meresap kedalam tanah/mengelakkan pencemaran nutrien.
- Mengelak dijangkiti penyakit bawaan tanah.