Kebas: Rawatan Elak CTS

Rasa kebas merupakan keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation).

Kebas biasanya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periferi terhimpit.

Mana-mana bahagian badan boleh mengalami rasa kebas dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi yang terlibat.

Apa Perlu Anda Lakukan Jika Anda Mengalami Kebas?

pakar physiogo

Jika anda kerap mengalami kebas dan untuk jangka masa yang panjang, anda dinasihatkan untuk merujuki pakar kesihatan.

Tidak kiralah di mana bahagian badan pun, sama ada pada tangan, kaki atau anggota lain.

Lazimnya, kebas boleh dirawat tetapi anda perlulah mengambil tindakan awal sebelum ia melarat menjadi lebih parah.

Antara rawatan fisioterapi yang mampu bantu mengelakkan Carpal Tunnel Syndrome, CTS dan implikasinya adalah seperti berikut:

  1. Rawatan secara pasif
  • Pain relief
  • Modaliti haba, sejuk dan pulsed ultrasound
  • Pemakaian night splint akan dapat mengurangkan simptom semasa tidur
  • Pemakaian working splint membantu untuk mengurangkan simptom semasa melakukan kerja-kerja seharian
  • Teknik Terapi Manual (Urutan)
  1. Rawatan secara aktif
  • Senaman regangan
  • Senaman mobiliti
  • Senaman kekuatan

Risiko Penyumbang Angin Ahmar

Terdapat pelbagai faktor risiko yang boleh menyumbang kepada penyakit angin ahmar. Ada yang boleh dikawal dan ada yang tidak.

Faktor risiko yang tidak dapat dikawal adalah:

  • Jantina – Kes angin ahmar lebih kerap berlaku dalam kalangan kaum wanita berbanding kaum lelaki.
  • Umur – Semakin umur meningkat, semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit angin ahmar terutamanya apabila mencecah 65 tahun dan ke atas.
  • Sejarah keluarga – risiko angin ahmar boleh meningkat jika anda mempunyai isu kesihatan genetik seperti tekanan darah tinggi.

Faktor risiko yang boleh dikawal adalah:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolestrol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan berlebihan
  • Cara hidup sedentari (tidak aktif)
  • Tekanan & stres
  • Pemakanan tidak sihat – kurang serat & tinggi kandungan lemak
  • Minuman keras secara berlebihan

Faktor risiko angin ahmar yang boleh dikawal bermaksud perkara yang mampu diubah dan dibawah kawalan kita.

Baju Kurung Fana Couture

Batik Boutique Ayayu