4 Kelebihan Tanaman Hidroponik

Hidroponik adalah salah satu cara bercucuk tanam dengan meletakkan akar tumbuhan ke dalam air baja yang mengandungi nutrien. Berbeza dengan tanaman biasa di atas tanah, tanaman menggunakan kaedah hidroponik mempunyai kelebihannya tersendiri sesuai dengan corak kehidupan kita pada masa kini.

1. Tidak Perlu Disiram Dan Diselenggara

Kita tidak memerlukan peralatan-peralatan biasa bagi kegunaan tanaman di atas tanah kerana tanaman menggunakan kaedah hidroponik tidak memerlukan tanah yang gembur, siraman setiap hari serta semburan racun serangga.

2. Tidak Perlu Tanah / Kawasan Yang Luas

Tanaman hidroponik tidak memerlukan tanah sebagai asas pertumbuhannya. Dengan menggunakan air dan larutan baja sebagai medium pertumbuhan, kaedah tanaman hidroponik hanya memerlukan tempat khas untuk menampung air dan tumbuhan tersebut untuk tumbuh dengan sihat dan segar.

3. Tempoh Tuai Yang Singkat: 4-5 Minggu

Hasil sayuran hidroponik dapat dituai hanya dalam masa lingkungan 4 – 5 minggu. Tempoh tuai lebih singkat berbanding ditanam di atas tanah kerana percambahan akar berlaku lebih mudah serta mendapat nutrien dan air yang mencukupi.

4. Hasil Sayuran Yang Bersih Dan Bebas Dari Racun Serangga

Tanpa menggunakan semburan racun serangga, sayuran yang ditanam menggunakan kaedah hidroponik menjanjikan hasil yang terjamin kebersihannya serta impak kesihatan yang baik kepada kita kerana tanaman tidak pernah disembur dengan racun serangga perosak.

Advantages Of Sunroofs In Cars

Tempat Percutian Menarik