
Kepentingan Ilmu Tajwid Dalam Bacaan Al-Quran
Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan kitab suci Al-Quran. Oleh itu, ia amat penting bagi seseorang yang membaca Al-Quran. Antara kepentingan-kepentingan membaca Al-Quran dengan mengamalkan hukum tajwid ialah seperti berikut:
1. MEMELIHARA DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN DALAM MENBACA AL-QURAN.
Dengan mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan Al-Quran, seseorang itu akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatkannnya. Sekiranya membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan satu kewajipan bagi setiap Muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa.
2. MENINGKATKAN MINAT MEMBACA AL-QURAN
Dengan adanya penguasaan ilmu Tajwid, maka kualiti bacaan Al-Quran akan terpelihara. Apabila tajwid itu betul maka kecenderungan minat untuk membaca Al-Quran akan lebih meningkat lagi kerana pembaca sudah mula berasa yakin terhadap bacaannya seterusnya meningkatkan keyakinan untuk terus membaca Al-Quran.
3. MENCAPAI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT
Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan membaca Al-Quran yang menjamin kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat, antaranya ialah firman Allah Taala dalam Surah al-Fatir ayat 29:
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”