
Kepentingan Pilih Agensi Pelancongan
Jika anda sedang mencari agensi pelancongan ke Negeri Bawah Bayu, Sabah, anda boleh dapatkan perkhidmatan diĀ Daeng Travel & Tours!
Berikut merupakan beberapa kepentingan supaya anda memilih agensi pelancongan terbaik, antaranya:
1. Agensi pelancongan lebih berpengetahuan mengenai lokasi lokal seperti faktor keselamatan, tempat-tempat makan atau jalan-jalan yang menarik dan murah.
2. Agensi pelancongan dapat menjimatkan masa anda kerana kebiasaannya mereka yang akan menempahkan tiket, hotel, dan tempat-tempat yang menarik. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah untuk membuatnya sendirian.
3. Harga yang lebih berbaloi dan menjimatkan daripada melancong seorang diri.
4. Boleh bertindak dan bersedia sekira berlakunya kecemasan ketika melancong.
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil di Sabah yang terletak di daerah Ranau.
Terletak hanya 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan paling hampir dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu.
Faktor seperti cuaca yang segar dan keindahan semulajadi yang cantik di Kundasang menjadi tarikan utama sebagai tempat dan aktiviti percutian menarik untuk pelancong berkunjung.
Selain daripada pelancongan, pertanian juga adalah sumber pendapatan utama kepada penduduk di sana.
Tidak hairan tempat menarik di Kundasang menjadi pusat menjual sayur-sayuran segar yang sangat terkenal di daerah itu.
Dibanjiri ribuan pelancong setiap tahun menjadikan Kundasang destinasi untuk menikmati pemandangan, budaya, sejarah dan makanan yang unik.