Ketahui Punca Masalah Batuk Dan Kahak

Punca Utama Bayi Berkahak

kahak

Kahak atau phlegm merupakan cecair pekat yang hadir dalam pelbagai warna dan bergantung kepada tahap dan keadaan jangkitan seperti hijau, kuning atau jernih.

Kahak adalah lendir yang terjadi disebabkan saluran udara rendah dan ia berbeza daripada cecair lendir atau hingus yang keluar daripada hidung.

Kebiasaannya, kahak akan melekat pada selaput mukus yang terdapat pada saluran pernafasan, bermula daripada paru-paru ke rongga hidung.

Seterusnya, bunyi seperti mendengus yang dikeluarkan oleh bayi ketika mereka bernafas kebiasaannya adalah kerana mereka bernafas melalu hidung semata-mata.

Bunyi ini juga berkemungkinan terjadi apabila mereka menelan susu dan bernafas pada masa yang sama.

Selain itu, keadaan bayi yang belum mampu untuk menghembus keluar cecair dan bendalir yang ada dalam hidung mereka juga menyebabkan mereka mengeluarkan bunyi dengusan dan siulan.

Seterusnya, bunyi seperti “kroh-kroh” boleh terjadi apabila bendalir turun ke bahagian belakang tekak atau pharynx dan ia seolah-olah keluar daripada paru-paru.

Ini kerana, mukus juga boleh bergerak jauh ke kotak suara bayi (larynx) dan saluran pernafasan. 

Oleh itu, jika anda letakkan tangan ke atas dada bayi, anda akan merasa getaran kecil iaitu getaran dari kotak suaranya.

Pernafasan bayi seperti di atas selalunya akan berlaku selama enam ke lapan minggu selepas dilahirkan dan akan hilang dengan sepenuhnya apabila mencecah 1 tahun.

Jadi, ibu bapa tidak perlulah risau kerana ia bukanlah satu masalah yangs serius. 

Namun, sekiranya keadaan tersebut masih merisaukan anda, anda boleh membawa bayi berjumpa dengan doktor untuk memeriksa pernafasannnya.

Punca batuk

Teruskan membaca untuk mengetahui antara sebab-sebab anda dijangkiti batuk.

1.  Jangkitan pada paru-paru

Jangkitan kuman atau virus pada paru-paru akan menyebabkan iritasi pada lapisan tersebut dan menyebabkan penghasilan kahak.

Warna kahak boleh menentukan sama ada anda dijangkiti kuman atau virus.

Lazimnya, kahak tidak berwarna berpunca daripada jangkitan virus.

Manakala kahak berwarna kuning kehijauan selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman.

2.  Sakit asma

batuk

Penyakit asma ialah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.

Umum mengetahui semasa serangan asma berlaku, pesakit akan mengalami sesak nafas.

Namun, terdapat juga simptom lain seperti batuk, bernafas dengan laju dan nafas berbunyi.

3.  Bronkitis

Bronkitis ialah keradangan pada saluran bronkus (komponen yang membentuk paru-paru).

Bronkus merupakan saluran penyampaian oksigen dan karbon dioksida.

Keradangan ini menyebabkan bronkus membengkak dan kahak akan terkumpul dalam bronkus.

Kesannya adalah masalah penafasan dan batuk.

4.  Penyakit paru-paru obstruktif kronik (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)

batuk

Penyakit ini selalunya menyerang individu yang berumur dan penyebab utamanya adalah merokok.

Asap rokok boleh mencederakan lapisan paru-paru.

Jika pendedahan kepada asap rokok berterusan akan menyebabkan paru-paru rosak dan menyebabkan paru-paru gagal berfungsi dengan sempurna.

Kesannya, gas karbon dioksida terperangkap dalam badan dan badan akan menghasilkan refleks iaitu batuk untuk menyingkirkan gas ini.