
Ketahui Punca Sakit di Bahgian Bahu, Sendi, Belakang dan Lutut
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang masalah sakit bahu, sakit sendi, sakit belakang, sakit lutut dan punca strok.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah.
Apakah Punca-punca Masalah Sakit Sendi?
Antara punca sakit sendi adalah seperti berikut:
- Jangkitan kuman
- Kecederaan sukan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
- Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
- Ubat-ubatan
- Penyakit tulang
- Ketumbuhan
- Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit.
- Berat badan berlebihan
- Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
- Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
- Penyakit kronik
- Penyakit sendi seperti arthritis
Faktor-faktor yang Menyebabkan Sakit Belakang
Antara punca sakit belakang ialah:
- Memandu kenderaan untuk jangka masa yang lama
- Mengangkat barang-barang berat
- Postur tidur yang salah
Punca Masalah Sakit Lutut
Banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit lutut berlaku. Antaranya:
- Umur
- Genetik
- Jantina
- Berat Badan
- Kecederaan Lutut
Ketahui Punca-punca Masalah Sakit Bahu
Masalah sakit bahu merupakan sesuatu perkara yang amat serius. Oleh itu, anda perlu memandang serius mengenai hal ini.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi masalah sakit bahu, antaranya ialah:
- Kesan kecederaan lampau
- Faktor lain-lain penyakit
- Tekanan lebih pada bahu
- Faktor usia
Ketahui Punca Strok Terjadi
Punca strok juga terbahagi kepada dua, iaitu yang tidak boleh diubahsuai dan yang boleh diubahsuai.
Punca strok yang tidak boleh diubahsuai adalah:
1. Usia; semakin meningkat usia seseorang, maka semakin meningkat juga risiko seseorang itu mendapat strok.
2. Keturunan; risiko untuk seseorang mendapat strok juga semakin tinggi jika ada ahli keluarganya pernah mengidapnya.
3. Jantina; kaum lelaki lebih berisiko tinggi untuk mendapat serangan strok.
Punca strok yang boleh diubahsuai adalah:
1. Mengawal berat badan.
2. Mengubah gaya hidup seperti tidak merokok dan tidak mengambil alkohol.
3. Pengambilan makanan juga perlu seimbang, dengan mengurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kurang serat.
4. Mengawal kemelaratan penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.
5. Mengawal tekanan atau stres.