
Muslimah Sejati dengan Brand Mily Maryam
Ciri-ciri Telekung Yang Baik
Memiliki telekung yang selesa sangat penting untuk memastikan diri sentiasa khusyuk ketika beribadat.
Pemilihan material yang sejuk dapat mengelakkan diri daripada berpeluh dan menyebabkan ketidakselesaan.
- Jenis Kain
Bagi yang gemar berjalan-jalan pasti memerlukan kain telekung yang tidak mudah renyuk walaupun dilipat menjadi kecil.
Kini, banyak telekung travel telah dijual bersama mini sejadah dan pouch bag untuk memudahkan travel.
- Kemasan Jahitan
Siapa pernah ada telekung tetapi jahitan yang tak kemas dan mengakibatkan kain mudah terlondeh ketika solat?
Sebelum membeli telekung, anda perlu pastikan jahitan, terutamanya di bahagian muka dan pinggang kemas supaya kain tidak terjatuh dan longgar.
Kebanyakan wanita akan memilih material yang berkualiti tinggi dengan teknik jahitan yang kemas demi keselesaan semasa beribadat.
- Kain Bergetah
Mungkin zaman dahulu kain telekung perlu diikat. Tetapi, dengan perubahan yang semakin moden, kebanyakan kain telekung sudah mempunyai getah untuk pelbagai jenis saiz.
Dengan memilih kain yang bergetah akan membuatkan para wanita berasa lebih selesa dan tidak perlu risau jika kain terlondeh ketika solat.
Ciri-ciri Baju Muslimah
Sebelum kami sneak peak koleksi blouse muslimah labuh di Mily Maryam, lebih manis jika kami kongsi ciri-ciri pakaian yang menepati syariah.
Berikut merupakan ciri-ciri yang patut ada pada baju muslimah:
- Menutup aurat
Sebagai wanita muslimah, anda perlu memenuhi salah-satu tuntutan agama iaitu dengan menutup aurat dengan sempurna.
Dengan itu, anda perlu memastikan pakaian anda menutupi seluruh badan kecuali bahagian muka dan telapak tangan.
Ini merupakan checklist yang pertama yang anda perlu patuh sepanjang masa.
- Bukan sekadar untuk perhiasan
Yang seterusnya, pakaian muslimah bukan hanya perhiasan semata-mata. Ia perlu menutupi aurat anda dengan sempurna.
Jika anda ingin mengikuti fesyen blouse muslimah terkini, semestinya itu suatu perkara yang dibolehkan. Tetapi, jangan hanya berdandan dengan mengabaikan hukum agama.