
Panduan Bagi Pembeli Rumah Pertama
Nak beli rumah tapi tak tahu cara? Artikel Proses Pembelian Rumah Dan Cara Beli Rumah Pada Tahun 2021 ni akan bantu anda untuk dapatkan rumah impian. Saya akan sentuh kesemua aspek beli rumah supaya anda faham keseluruhan proses.
1) Beli ikut kemampuan
Walaupun anda boleh pinjam RM1 juta untuk membeli rumah, tidak bermakna anda mampu untuk menanggung rumah tersebut.
Buat bajet bulanan terlebih dahulu. Semak pendapatan dan perbelanjaan.
Kurangkan kos yang tidak perlu.
Daripada bajet ini baru anda tahu, berapa banyak yang anda boleh peruntukkan untuk bayar ansuran rumah.
2) Beli rumah dekat dengan tempat kerja
Jika boleh, pilih rumah berhampiran dengan tempat kerja. Ini akan menjimatkan kos petrol, tol dan juga masa.
Untuk suami, belilah rumah lebih dekat ke tempat kerja isteri.
Kita orang lelaki tak apa jauh sikit kerana mereka banyak berkorban untuk kita dan anak.
3) Kaji persekitaran
Pastikan rumah dekat dengan kemudahan seperti balai polis, restoran dan kedai runcit.
Ada klien yang beli sebuah rumah di lokasi yang jauh dari sekolah.
Dia tak sedar masa buat belian. Akhirnya terpaksa memandu 20 kilometer ekstra setiap hari untuk menghantar anaknya ke sekolah dan ke tempat kerja.
Dia jual rumahnya dan dah beli rumah baru.
Selain itu, pertimbangkan kualiti alam sekitar.
Elakkan beli dekat dengan kilang atau stesen janakuasa.
BERMINAT UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT? KLIK PROSES PEMBELIAN RUMAH UNTUK BACA KESELURUHAN ARTIKEL
Antara cara2 yang anda perlu tahu untuk kira zakat pendapatan dan pengecualian cukai.