
Panduan Beli Rumah Pertama
Untuk membeli rumah pertama, perkara yang paling utama yang anda perlu tentukan adalah kemampuan kewangan anda.
Anda perlu pastikan pinjaman rumah anda tidak patut melebihi satu pertiga (1/3) daripada gaji kasar.
Lepas anda dah pastikan anda mampu kekal komited pada aspek kewangan membeli rumah, anda dah boleh mula survey rumah.
Anda kena pastikan rumah yang anda survey adalah bersesuaian dengan anda dari segi utiliti, jarak dari tempat kerja dan sebagainya.
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan ejen hartanah dan peguam hartanah kerana mereka akan membantu anda untuk melakukan pilihan yang bijak.
Setelah anda pasti rumah mana yang anda ingin beli, anda perlu membayar yuran tempahan yang akan menjadi sebahagian duit pendahuluan rumah yang anda ingin beli itu.
Pastikan anda baca, teliti dan fahami dokumen jual beli rumah sebelum meneruskan urusan jual beli.
Untuk memohon pinjaman bank, anda perlu menunjukkan resit tempahan rumah anda tadi dan beberapa dokumen yang bank perlukan.
Semak dengan bank yang anda sasaran anda untuk senarai dokumen yang diperlukan kerana setiap bank adalah berbeza.
Dokumen pinjaman rumah dari pihak bank juga merupakan salah satu dokumen penting yang anda perlu baca, teliti dan fahami.
Tiga perkara paling penting dalam dokumen pinjaman rumah adalah jumlah pinjaman, kadar faedah dan tempoh pinjaman.
Selepas permohonan pinjaman anda siap, barulah anda boleh tandatangan Perjanjian Jual Beli atau Sales and Purchase Agreement (SPA) dan bayar duit muka yang selebihnya.
Bila dah tandatangan SPA, lawat proses binaan rumah sekali-sekala untuk mengikuti perkembangan pembinaan rumah anda.
Seterusnya, pastikan anda mendapatkan dokumen-dokumen yang mengesahkan anda sebagai pemilik rumah seperti notis pemilikan kosong, sijil penyiapan dan pematuhan dan memorandum pemindahan.
Dan dengan begitu saja, anda sudah bergelar seorang pemilik rumah!