
Pemakaian Temu Duga
Etika pemakaian semasa temu duga hendaklah sopan, kemas dan berkarisma kerana ia melambangkan personaliti seseorang dan juga first impression orang lain terhadap kita.
Setiap majlis seperti temu duga, perkahwinan, mahupun tunang mempunyai baju formal yang tersendiri.
Jadi, pemakaian baju kurung adalah amat bersesuaian apabila pergi ke temuduga.
Selain baju kurung, fesyen blouse muslimah terkini yang dipadankan dengan blazer beserta seluar track juga menjadi pilihan utama wanita untuk pergi ke interview.
Bagi tudung pula, tidak digalakkan untuk memakai shawl. Seeloknya pakai tudung formal iaitu tudung bawal. Pemakaian tudung bawal satin printed juga harus dielakkan dan hanya memakai yang plain sahaja.
Ianya lebih berkeyakinan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
Jika anda mengalami kesusahan untuk memilih gaya baju kurung yang bersesuaian, anda boleh cuba tips di bawah ini:
a) Pemilihan warna baju kurung mestilah tidak terlalu cerah mahupun colour-blocking.
b) Pastikan tidak melebihi 3 warna dalam satu pakaian.
c) Potongan yang selesa dan tidak terlalu ketat sehingga menjolok mata.
d) Menggunakan fabrik seperti cotton dan chiffon. Tidak digalakkan untuk mengguna fabrik yang mempunyai perincian yang terlalu padat seperti manik dan sebagainya.
e) Pemilihan baju kurung bercorak perlulah secara minimal atau baju kurung plain sahaja.
Dapatkan telekung mudah travel ini; Telekung Mily Maryam