
Pilihan Baby Cream Terbaik
4 Tips Sebelum Anda Pilih Baby Cream Terbaik Untuk Anak Anda
Terdapat pelbagai jenis baby cream yang terdapat di pasaran. Jadi, anda perlu bijak untuk memilih baby cream yang terbaik untuk si manja!
Berikut adalah beberapa tips supaya anda dapat memilih baby cream yang best untuk bayi anda:
- Baca label produk secara teliti
Sebagai pengguna yang bijak, teliti dahulu label produk penjagaan bayi yang ingin anda beli.
Kadang-kadang, sebahagian produk penjagaan bayi yang berada di pasaran mengandungi dye, haruman dan juga bahan kimia.
Jika anda tidak berhati-hati, bayi anda mungkin akan menghadapi masalah iritasi jika produk sebegini diaplikasikan pada kulitnya.
Lebih teruk, sebahagian bayi yang lebih lemah dan sensitif mungkin akan mengalami masalah pernafasan yang kronik.
- Produk phthalate- dan paraben-free
Nampak seperti susah disebut dan dikenalpasti secara mudah, namun percayalah, ia dapat menyelamatkan bayi anda daripada menghadapi masalah kulit yang lain.
‘Paraben-free’ membawa maksud produk tersebut tidak mengandungi bahan kimia yang dapat memudaratkan kulit bayi.
Phthalate- pula amat merbahaya kerana ia biasanya digunakan untuk melembutkan plastik PVC dan pelarut dalam produk penjagaan kulit.
Bahan kimia ini boleh mendatangkan kesan yang dahsyat terhadap buah pinggang, paru-paru dan hati.
- Produk ‘hypoallergenic’
Hypoallergenic bermaksud produk tersebut mengandungi bahan-bahan yang dapat menimbulkan alahan.
Namun, label tersebut boleh mengelirukan ibu bapa yang ingin membeli produk penjagaan bayi yang sesuai.
Hal ini kerana terma berikut bukan bermakna ia adalah lebih lembut dan sesuai untuk kulit bayi yang sensitif.
Ia hanya berkesan untuk mengurangkan peratusan reaksi alergi untuk tercetus.
- Produk penjagaan bayi kandungan semulajadi
Anda boleh meletak kepercayaan terhadap produk-produk penjagaan bayi yang mempromosikan kandungan semulajadi.
Hal ini kerana secara amnya, produk-produk sebegini adalah selamat untuk bayi dan juga anak-anak kecil.
Namun, jika anak anda menghidapi masalah asma atau kulit sensitif terutamanya terhadap bahan-bahan berunsur herba, maka elakkan daripada membeli produk sebegini.