Produk Baby Oil Yang Selamat Digunakan

Pemilihan baby oil amat penting dalam memastikan kesihatan bayi secara keseluruhan. Oleh itu, untuk memastikan ibu memilih baby oil yang selamat, berikut 4 pilihan minyak urut yang popular di pasaran yang sesuai dan selamat digunakan untuk bayi. 

  1. Tropika Minyak Kelapa Dara

Minyak Tropika Kelapa Dara ialah minyak sapuan yang ringan dan penggunaannya bersesuaian untuk bayi. 

Bau lavender yang segar sering membuatkan ia menjadi pilihan utama ramai ibu bapa.

Minyak kelapa dara ini hanya boleh digunakan untuk kegunaan luaran sahaja. Anda hanya perlu menyapukan minyak ini di seluruh badan si manja. 

Selain itu, ia juga sesuai untuk digunakan untuk lebatkan rambut

  1. Cap Limau Yu Yee Oil

Minyak Yu Yee ini dikatakan mampu mengurangkan kembung perut. Malah, ia juga membantu untuk meredakan sakit sendi untuk semua peringkat umur. 

Ramai ibu bapa suka akan bau minyak ini yang nyaman dan tidak terlampau dingin. 

Penggunaan minyak Cap Limau Yu Yee ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur untuk mengurangkan sakit sendi.

  1. Buds Calming Tummy Rub Cream

Produk ini mengandungi bahan-bahan yang dipilih dengan teliti untuk menghasilkan produk yang berkualiti. 

Krim ini terkandung campuran peppermint organik, halia, serta herba Fennel untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan pada perut. 

Minyak pati lavender juga turut dicampur untuk membantu seimbangkan mood si manja. Produk ini mesra pada kulit si manja yang lembut. 

  1. Tropika Baby Herbal Cream
baby herbal cream

Baby Herbal Cream ini mengandungi kandungan natural yang memberikan rasa selesa buat bayi. 

Sebahagian bahan yang terkandung dalam krim ini ialah minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia serta herba-herba tropika. 

Ia berkesan dalam membantu untuk menghilangkan batuk berkahak, sakit perut, angin dan juga membantu si bayi sendawa selepas menyusu.