
Produk Jenama Sendiri: Mulakan Bisnes Anda Sekarang!
Ingin Menjual Produk Jenama Sendiri?
Kami ada berita baik untuk anda yang bercita-cita mahu memulakan bisnes dengan menjual produk jenama sendiri kerana dalam artikel ini, kami akan menerangkan:
- Sebab anda perlu menjual produk sendiri
- Kepentingan memilih nama jenama yang sesuai
- Di mana anda boleh cipta produk jenama anda sendiri
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini sehingga akhir!
Di Mana Anda Boleh Buat Jenama Produk Sendiri?
Menghasilkan jenama sendiri tidak la susah seperti yang di sangka. Jika anda menggunakan perkhidmatan kilang OEM, prosesnya boleh dikatakan sangat mudah dan tidak rumit.
Berikut merupakan kelebihan-kelebihan mengeluarkan produk dengan menggunakan perkhidmatan kilang OEM:
- Dapat mengenal pasti jenis produk atau servis yang di inginkan dengan mengisi borang yang disediakan sebagai langkah mudah pertama bagi merealisasikan impian anda.
- Dapat memformulasikan produk anda sendiri dengan berkomunikasi bersama pihak R&D professional bagi membincangkan semua permintaan untuk produk anda.
- Anda bebas memilih pembungkusan beserta jenis label yang sesuai untuk produk anda. Cantik dipandang, produk berkesan.
- Sampel akan disediakan dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda boleh ubah sebanyak tiga kali mengikut keperluan.
- Kilang tersebut akan memastikan sampel yang disahkan akan memasuki proses pengeluaran untuk menjadi produk siap dan boleh memasuki pasaran.
Walaupun ianya kelihatan seperti proses yang rumit, namun ianya tidak serumit yang disangkakan kerana anda hanya perlu mendaftar sahaja.
Semua proses tersebut akan dikendalikan oleh pihak kilang OEM dan anda hanya perlu mengikuti perkembangan dan berbincang dengan mereka tentang keinginan anda.
Kesimpulanya, terdapat pelbagai produk jenama sendiri yang berkualiti yang boleh dikeluarkan oleh kilang OEM di Malaysia.
Sekiranya anda ingin mengeluarkan kosmetik, anda boleh menggunakan perkhidmatan kilang yang dikenali sebagai MUDAH OEM.
Kelebihan-kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MUDAH OEM kepada bakal produk owner adalah seperti berikut.
- Konsultasi percuma
Dengan pengalaman pembuatan produk sepanjang MUDAH OEM sedia memberi input terbaik dan khidmat nasihat sehingga anda berjaya mengeluarkan produk.
- Customed formula + R&D
Bahan aktif dan formulasi yang ditentukan oleh anda sendiri, mengikut kesesuaian produk menjadikan tiada produk seumpamanya di pasaran
- Kilang OEM/ODM
Kilang yang dipercayai dan mahir bertaraf GMP, HACCP dan HALAL serta berdaftar dengan NPRA, KKM untuk membuat semua produk-produk anda.
- Proses A-Z
Dari bermulanya proses R&D, penyesuaian penjenamaan, pemilihan label dan pembungkusan, proses pembuatan and pendaftaran produk.
Anda hanya tinggal untuk produk siap anda di pasaran.
- Pendaftaran produk
Pendaftaran produk untuk memastikan kebolehjualan produk di dalam pasaran domestik dan juga untuk eksport.
Kelebihan-kelebihan yang dinyatakan diatas sangat bagus bagi mereka yang ini menghasilkan produk jenama sendiri di Malaysia.
Daftar dengan MUDAH OEM dengan segera untuk mengetahui dengan lebih lanjut.