- Rawatan fisioterapi, adalah salah satu daripada profesion kesihatan sekutu yang menggunakan kekuatan mekanik dan pergerakan [Bio-mekanik atau Kinesiologi], terapi manual, terapi senaman, dan elektroterapi bagi menyelaraskan tubuh anda dan menggalakkan pergerakan dan fungsi.
- Contoh contoh rawatan fisioterapi adalah wry neck, slip disc, sakit lutut, and trigger finger.
- Fisioterapi digunakan untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit melalui pemeriksaan, diagnosi, prognosi, dan intervensi fizikal. Ia dilakukan oleh ahli fisioterapi.
- Sebagai tambahan kepada amalan klinikal, aktiviti lain yang merangkumi profesi fisioterapi termasuk penyelidikan, pendidikan, perundingan, dan pentadbiran. Perkhidmatan fisioterapi mungkin disediakan sebagai rawatan penjagaan primer atau sampingan, atau bersama dengan perkhidmatan perubatan lain.
- Fisioterapi juga adalah profesi berasaskan sains dan mengambil pendekatan ‘keseluruhan insan’ untuk kesihatan dan kesejahteraan, termasuk gaya hidup pesakit. Terasnya adalah dengan melibatkan pesakit dalam penjagaan kesihatan mereka sendiri, melalui pendidikan, kesedaran dan penyertaan dalam rawatan mereka.