Buat anda atau mempunyai orang terdekat yang mengalami masalah fizikal, anda boleh mendapatkan rawatan fisioterapi bersama kami di Physiogo.
Kami, ahli terapi di Physiogo menyediakan rawatan seperti berikut:
Kami sudah berkecimpung dalam dunia fisioterapi sejak tahun 2016.
Dengan berbekalkan pengetahuan dalam bidang fisioterapi, kami bersedia untuk membantu pesakit-pesakit bagi mengurangkan masalah yang dihadapi.
Berikut merupakan info pusat fisioterapi yang lebih lanjut:
- Mengamalkan sesi rawatan secara berasingan mengikut jantina.
(Ahli terapi Physiogo sedang menjalankan konsultasi bersama pesakit wanita).
(Ahli terapi Physiogo sedang menjalankan konsultasi bersama pesakit lelaki).
- Beroperasi selama 7 hari
- Mengamalkan teknik rawatan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh pesakit seperti manual, heat & electro, dan exercise
(Rawatan fisioterapi menggunakan heat & electro therapy)
(Rawatan fisioterapi secara manual therapy)
(Rawatan fisioterapi secara exercise therapy)
- Kelengkapan alat rawatan yang mencukupi.
- Bilik rawatan yang selesa.
- Pusat rawatan kami merupakan panel PMCare. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak ketika mendapatkan rawatan bersama kami.
Punca Kebas
Terdapat pelbagai sebab dan punca kebas boleh berlaku. Antaranya:
- Kecederaan pada saraf akibat terlibat dalam kemalangan.
- Saraf periferi tertekan/terhimpit disebabkan oleh ‘herniated disc’ atau oleh osteophytes yang terbentuk hasil proses degeneratif.
- Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap.
- Penyakit-penyakit seperti migraine, multiple sclerosis, epilepsi, strok, diabetes dan hypothyroidism.
- Saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan (Carpal Tunnel Syndrome).
- Kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
- Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti alkohol dan rokok.