Rawatan Fisioterapi Untuk Anda

Rawat Radang Sendi Lutut Dengan Terapi Fizikal

Rawat radang sendi lutut dengan menggunakan terapi fizikal telah terbukti lebih berkesan digunakan sebagai pengurusan kesakitan dan juga meningkatkan fungsi fizikal (misalnya pengukuhan otot dan keadaan aerobik) pada jangka masa pendek.

Latihan fizikal selepas pembedahan sangat disyorkan. Latihan untuk meningkatkan fungsi sendi dan pengukuhan otot baru adalah yang paling berkesan.

Rawat sakit lutut anda dengan physiomobile.

Rawatan Slip Disc

Sakit belakang boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca, salah satu daripadanya adalah slip disc atau tulang rawan tergelincir. Berdasarkan portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia slip disc merupakan diagnosis utama yang seringberlaku di kalangan pesakit tulang belakang.

Sakit belakang adalah salah satu penyakit yang sering dialami oleh masyarakat tanpa mengira latar belakang sama ada anda seorang suri rumah, pelajar atau pekerja. Salah satu punca yang menyumbang kepada sakit belakang adalah slip disc.

Apakah rawatan yang anda boleh dapatkan untuk masalah slip disc?

Slip disc boleh dirawat secara konservatif atau pembedahan. Selalunya rawatan diberikan bergantung kepada tahapketidakselesaan yang anda alami. Kebanyakan individumerasa lega dengan menjalani rawatan konservatif sepertiprogram senaman yang melibatkan senaman regangan dankekuatan sekitar otot belakang. Ahli fizikal terapi akanmembantu menguatkan otot belakang bagi mengurangkansakit belakang yang anda alami.

Rawatan Fisioterapi Baik Untuk Tubuh

Resepi Cheesetart