
Resepi Cheese Tart
Selain bahan-bahan yang akan kami senaraikan sebentar lagi, anda juga perlu memiliki kesabaran dan ketenangan ketika membuat pastri kegemaran ramai ini.
Resepi cheese tart ini terbahagi kepada dua iaitu:
- Resepi shell cheese tart
Bahan-bahan utama adalah:
- 250g mentega
- Sebiji kuning telur
- 100g gula kastor
- Satu sudu besar esen vanila
- Susu pekat.
Sikit je kan bahan untuk buat shell tart? Mari kita lihat cara penyediaanya pula.
Mula-mula sekali, kacau semua bahan berikut dalam sebuah mangkuk besar dengan senduk dan pastikan ia sebati.
Selepas adunan telah sebati, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dalam lingkungan 450-500g.
Kemudian, tambahkan 2 sudu besar air sejuk supaya doh tidak melekat di tangan.
Setelah selesai, simpan doh sebentar dalam peti sejuk selama 10 minit.
Setelah 10 minit berlalu, keluarkan doh dari peti sejuk dan masukkan adunan dalam acuan untuk tart keju dan kemaskan lebihan doh pada tepi acuan.
Cucuk dengan garfu sebelum dibakar pada suhu 150° selama 20 minit ataupun jika tampak kekuningan.
- Resepi adunan cheese
Bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat adunan cheese adalah:
- 500g cream cheese
- 30g mentega
- 100g gula kastor
Bahan-bahan yang lain termasuk:
1 biji telur gred A
1 sudu besar esen vanila
20 gram non-dairy whipping cream.
Pertama sekali, anda perlu putar cheese dengan mixer pada medium speed sehingga cheese tidak berketul.
Kemudian masukkan mentega dan putar lagi buat sementara waktu.
Setelah beberapa minit, masukkan pula gula kastor dan putar sehingga gula menjadi sebati dengan mentega dan cheese tadi.
Masukkan pula telur dan putar untuk beberapa minit sebelum anda tambahkan esen vanila.
Sekali lagi, pastikan sebatian cheese, mentega, gula kastor dan juga telur anda adalah sebati sebelum berinjak ke langkah seterusnya.
Akhir sekali, masukkan non-dairy whipping cream dan putar lagi dan lagi.
Sementara itu anda boleh juga terus mengisi filling kedalam shell yang telah siap dibakar tadi mengikut perasa kesukaan anda.
Anda boleh letak filling sama ada strawberi, blueberry, nutella ataupun kiwi, terpulang mengikut selera anda.
Masukkan adunan cheese yang telah sebati tadi ke dalam beg piping.
Potong hujung beg piping sebelum memicitnya secara menaik.
Kemudian, bakar tart anda tadi pada suhu 150° selama 20 minit.
Ting! Dah siap!