Simptom Influenza

Baru-baru ini, negara Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai virus Influenza A yang menyerang tanpa mengira usia. Apakah simptom influenza A ini?

Influenza A ini boleh membawa maut. Keadaan seperti ini sangat menakutkan. Ada hospital yang tidak cukup bekalan ubatan kerana terlalu ramai menghidapinya, termasuk kanak-kanak.

Jom kita lihat simptom influenza dan jenis masalah kesihatan yang sering terjadi kepada anak-anak.

1. Batuk

simptom influenza: batuk

Mungkin ramai mummies anggap batuk berkahak sebagai masalah kesihatan biasa anak kecil.

Namun, mummies perlu berhati-hati. Batuk yang disangka biasa itu boleh bertukar kepada komplikasi yang lebih teruk! Ia boleh membawa kepada penyakit radang paru-paru (pneumonia).

Lazimnya, gejala batuk biasa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah persekitaran tercemar, cuaca yang tidak menentu sama ada panas atau sejuk.

2.  Selesema

simptom influenza: selesema

Bayi lebih kerap dijangkiti keadaan sistem imun sebelum matang. Selsema boleh menyebabkan bayi sukar bernafas, mengganggu tidur dan tidak selesa sepanjang masa.

Malah, menjadi lebih teruk apabila berserta kahak berdarah atau hingus yang banyak hingga menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap kerana hidung tersumbat.

3. Kulit kering

simptom influenza: kulit kering

Tahukah mummies, kebanyakan bayi yang baru lahir akan mengalami kulit kering dan mengelupas setelah 40 minggu.

Ia merupakan satu keadaan normal, tetapi jika terus berlanjut segera dapatkan rawatan pegawai perubatan untuk kenal pasti tiada masalah lain.

Antara penyebab kulit bayi menjadi kering antaranya mandi terlalu kerap, sabun yang menyebabkan kulit kering.

Malah, cuaca dingin membuatkan kulit mudah kering sehingga mengakibatkan masalah kulit bayi menjadi sensitif.

Lagi menyedihkan apabila bayi berasa tidak selesa kerana kegatalan akibat kulit kering. Ini boleh membawa kepada masalah ekzema jika berlarutan.

4. Radang Kulit

simptom influenza: radang kulit

Radang kulit atau dikenali sebagai Dermatitis Atopi adalah penyakit radang kulit jangka panjang kronik yang mengakibatkan kulit mudah kering, kemerahan, bersisik, gatal dan tidak selesa.

Kebiasaannya, ia terjadi apabila kulit bayi bersentuhan dengan sesuatu benda yang menyebabkan iritasi. Contoh yang paling senang seperti pencuci pakaian dan minyak wangi.

5. Ruam

simptom influenza: ruam

Masalah ruam biasa terjadi kepada bayi yang baru lahir. Ia adalah masalah umum di mana timbul warna atau bintik-bintik merah di permukaan kulit.

Jika badan si kecil secara tiba-tiba diserang bintik-bintik ruam merah terang dan di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, ini mungkin ruam panas.

Ruam bayi boleh timbul di pelipat-pelipat kulit dan di bahagian-bahagian badan di mana pakaiannya terletak dengan ketat. Situasi ini sangat kerap terjadi, para mummies perlu ambil serius.

6. Bibir kering

simptom influenza: bibir kering

Selain itu, masalah yang sering dialami oleh bayi adalah masalah bibir kering. Perubahan cuaca yang panas dan sejuk boleh membuat bibir bayi menjadi kering dan pecah-pecah.

Take note ya, ia mungkin menjadi gejala dehidrasi. Pastikan anak minum air secukupnya. Dehidrasi punca utama bibir kering.

Apabila bibir kering, ia mengganggu dan membuat gerakan bibir bayi tidak selesa. Malah boleh mengakibatkan bibir menjadi luka apabila bibir kering dan pecah.