Syarat Kelayakan dan Cara Memohon Rumah

rumah mampu milik melaka

Setiap jenis RMM mempunyai terma dan syarat yang tersendiri bagi melayakkan anda untuk memohon skim tersebut.

Bagi RMM Jenis A dan RMM Jenis B, anda layak memohon jika anda seorang warganegara Malaysia dan berusia 20 tahun ke atas. 

Pendapatan anda tidak boleh melebihi RM3,000 sebulan untuk memohon skim ini.

Dan yang paling penting adalah anda tidak pernah memiliki rumah.

Bagi RMM Jenis C pula, anda perlulah seorang warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas.

Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi RM8,000 sebulan.

Mudah bukan terma dan syaratnya? 

Kalau anda dah memenuhi semua kriteria tersebut, jom mohon!

Tapi macam mana pula nak memohonnya?

Pertama sekali, muat turun borang di laman web rasmi Lembaga Perumahan Melaka (LPM).

Baca arahan dengan teliti dan isi borang dengan maklumat yang betul dan lengkap. 

Permohonan yang dikirim melalui POS perlulah dibuat bayaran dengan menggunakan postal order/money order berserta dengan sampul surat berukuran 11cm x 16cm.

Jangan lupa sampul surat itu perlu bersetem dan beralamat sendiri. 

Pastikan anda menerima resit rasmi dengan pembayaran yang dibuat. 

Jika anda ingin membuat sebarang pertukaran maklumat, anda boleh lakukannya secara percuma dengan memaklumkan kepada pejabat LPM.

Maklumat penting yang anda perlu maklumkan jika ada perubahan adalah nombor telefon atau maklumat.

Pastikan anda sertakan sekali nombor kad pengenalan baru atau lama untuk sebarang pertanyaan melalui surat menyurat.

Atau, lagi mudah, buat permohonan atas talian di laman web Lembaga Perumahan Melaka. 

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia  membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous. 

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Semak kelayakan anda dengan Benahous sekarang

Cara Penjagaan Shawl

Panduan Beli Rumah Pertama