Tanda Covid-19 Yang Anda Perlu Peka

Bila anda positif COVID-19, memang banyak kebimbangan timbul. Ketahui cara kuarantin di rumah sebelum masuk hospital atau pusat kuarantin. Sama ada anda pesakit atau penjaga atau kontak rapat atau seperti ramai rakyat Malaysia yang duduk di rumah kecil, tanda-tanda covid ini anda perlu ambil perhatian!

Apa Gejala COVID-19?

Memang betul ada yang kata tak ada gejala pun tapi positif Covid. Tapi, ramai sebenarnya yang dah menunjukkan tanda-tanda covid cuma mereka tak perasan.

Supaya anda dapat berjaga-jaga untuk diri sendiri dan juga orang yang anda berjumpa, ambil tahu gejala covid yang disenaraikan di bawah ni:

  1. Demam panas
  2. Batuk kering
  3. Sakit tekak
  4. Selsema
  5. Sukar bernafas
  6. Sakit badan
  7. Cirit birit

Tindakan Perlu Buat Jika Positif COVID-19

Perkara pertama yang semua pesakit kena buat (jika diarahkan oleh pihak hospital) ialah untuk pulang dan kuarantin di rumah dulu sementara tunggu ambulan datang untuk bawa ke hospital atau pusat kuarantin.

Bila dah sampai giliran pesakit positif dibawa dan kena quarantine sampai keputusan Covid negatif bergantung pada tahap jangkitan dan simptom yang ada.

Namun, ada beberapa kes tertentu di mana pesakit Covid boleh kuarantin di rumah saja. Samada dapat kelulusan atau sistem kesihatan kita tak menang tangan nak angkut semua orang.

Antara kriteria ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia yang membolehkan anda kuarantin di rumah ialah:

  • Tak mengalami sebarang gejala atau bergejala ringan
  • Bukan golongan berisiko tinggi
  • Mempunyai penjaga yang sesuai
  • Kesesuaian rumah untuk pengasingan diri
  • Boleh dihubungi sepanjang masa melalui telefon

BACA LANJUT BERKENAAN TANDA-TANDA COVID 19

Previous Post

Zakat Pendapatan Pengiraan Yang Anda Perlu Tahu

Next Post

Cara Belajar Mengaji Dari Kenal Huruf